Dikritik Bodoh Sebab Makan Dakwat Sotong, Siti Sarah Dapatkan Penjelasan

Hiburan

Dikritik Bodoh Sebab Makan Dakwat Sotong, Siti Sarah Dapatkan Penjelasan

Baru-baru ini, penyanyi, Siti Sarah menerima teguran daripada netizen berkenaan menu sotong masak hitam yang disediakannya. Menerusi video tersebut, Siti Sarah dilihat memasukkan dakwat sotong ke dalam masakan sehingga mengundang kritikan ramai.

Siti Sarah
4 years ago

Pernah Diejek Hodoh Dan Dipanggil Nama Binatang, Siti Sarah Kongsi Pengalaman Bergelar Anak Seni

Advertisement

Menurut mereka, dakwat sotong adalah haram untuk dimakan. Malah, ada yang memanggilnya ‘bodoh’ kerana tidak menyedari perkara tersebut.

Baru ni ada masak sotong masak hitam. Ramai juga yang dm, tapi tak la post semua amik 3 ig story je buat contoh. Alih-alih ada yang menghentam dan cakap bukan-bukan. Siap bodohkan kita pulak. Kot ye pun tak boleh cakap elok-elok ka? Katanya ada ustaz Facebook cakap haram makan sotong masak hitam.

Berhasrat untuk mendapatkan kepastian, Siti Sarah telah memohon pertolongan suami untuk mendapatkan pencerahan daripada Imam Muda Asyraf. Menurutnya, sebahagian ulama pada hari ini menyatakan dakwat sotong tidak haram dan bukan najis kerana ianya sudah menjadi sebahagian daripada sotong itu sendiri.

Menerusi hantaran itu, Siti Sarah menegur segelintir netizen yang dengan sewenangnya menggelarnya bodoh hanya kerana dia tidak tahu. Menurut Sarah, adalah lebih baik individu menjaga adab apabila bercakap. Malah, Siti Sarah turut menyertakan penjelasan daripada PU Azman berhubung isu ini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Siti Sarah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...