Dikritik Berpakaian Tak Menutup Aurat Dengan Betul, Datin Fouziah Gous Minta Netizen Jaga Tutur Kata – “Sibuk Cari Dosa Orang…”

Hiburan

Dikritik Berpakaian Tak Menutup Aurat Dengan Betul, Datin Fouziah Gous Minta Netizen Jaga Tutur Kata – “Sibuk Cari Dosa Orang…”

Pelakon jelita, Datin Fouziah Gous meminta netizen di luar sana untuk tidak terlalu sibuk dalam mencari kesalahan orang di media sosial.

Fouziah sebelum ini dikritik kerana berpakaian namun tidak menutup aurat dengan betul oleh segelintir netizen.

Advertisement

Kata pelakon itu, netizen sepatutnya menjaga tutur kata dan tidak meninggalkan komen sesuka hati mereka terutamanya apabila menyentuh hal keluarga sekiranya berasa tidak puas hati.

Bila awak ada suami yang sempurna dari syurga, jaga baik-baik. Jangan sibuk menilai suami orang. Saya ni jarang balas tapi adab itu perlu ada untuk berkata-kata. Jangan rasa diri hebat dan boleh bercakap sesuka hati dalam media sosial.

Sibukkan diri untuk cari ilmu daripada sibuk mencari dosa orang sampai tak sedar dosa diri sendiri juga.

Reaksi itu diberikan Fouziah apabila seorang individu tampil ‘memetik’ nama suaminya yang dikatakan tidak bertanggungjawab dalam memberi teguran kepada isteri dalam soal berpakaian.

Apasal suami tidak bertanya baju pendek, kenapa tidak pakai seluar biasa berbanding pakai tight. Tudung labuh sikit, pelik juga suaminya, scan 100 peratus tak.

Fouziah kemudian membalas komen kritika tersebut dan meminta agar individu itu untuk tidak melibatkan suaminya dalam hal itu.

Kalau rasa baik boleh mesej terus. Nak cakap apa pun boleh. Jangan senang sangat nak petik keluarga. Suami awak yang dari syurga itu memang didik baik sangat sampai nak komen secara umum seperti ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nadhir nasar tak puas hati
1 month ago

"Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotype Terhadap Pelakon Baru, Bagus!" - Nadhir Nasar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...