Diketawakan Kerana Menjual Seluar Dalam, Wanita Ini Buktikan Kemampuan Hingga Berjaya

Trending

Diketawakan Kerana Menjual Seluar Dalam, Wanita Ini Buktikan Kemampuan Hingga Berjaya

Bagi mereka yang benar-benar meminati bidang bisnes, mereka sanggup berhempas pulas walaupun terpaksa berjaga malam.

Malah mereka juga sanggup menjual apa sahaja asalkan rezekinya dan sumbernya halal.

Advertisement

Itulah yang dipegang oleh seorang wanita ini yang sanggup menjual seluar dalam walaupun mungkin akan ditertawakan oleh sesetengah pihak.

Namun, bagi wanita ini tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.

Beliau berkongsi pengalamannya sebagai seorang usahawan di mana pada mulanya hanya mampu mengambil stok dengan menggunakan teksi sahaja.

Ikuti perkongsian beliau di bawah..

Masih ku ingat november 2013, tahun itu adalah tahun keramat dalam hidupku selepas tahun 2012 iaitu tahun membawa tuah kepadaku. 2012 adalah zaman FELINNA dan 2013 zaman AURA WHITE dimana jualanku sudah mencatat jutaan ringgit untuk setiap tahun ketika usiaku 20 tahun.

Sabar!! Sabar!!

Macam mana timbul idea jual panty kempis perut ni?

Okay macam ni, satu hari semasa najwa pergi ke kedai borong untuk membeli FREE GIFT Aura white ketika itu, sorang bangla yang bekerja di kedai datang cakap pada saya.

“Kakakkk seluar dalam ada banyak belakang sana, bos saiya tarak dapat jual la, kakakkk boleh jual ka?”

Macam tu la lebih kurang bangla tu cakap, si bangla tu najwa dah kenal lama sejak 2010 lagi. So dia tahulah dulu-dulu barang yang dia tak laku dia suruh najwa jual.

Najwa pun ikutlah dia pergi ke belakang dan tengok beribu-ribu stok seluar dalam ada berwarna warni macam pelangi gitu.

Najwa pun belek-belek la, macam pernah tengok sekali dua orang jual tapi macam tak ada sambutan sangat. Bila tanya harga borong dia kata ambil sikit RM10 ambil banyak RM5.

Najwa tak terfikir langsung sebab sebelum ini najwa memang jual california pants yang girdle tu dan macam-macam lagi lah tapi seluar dalam ni memang pertama kali kot nak jual. hahaha

Okay bagi najwa 500pcs bersamaan dengan RM2500.

Stok dia tak silap ada la kot 4-5 ribu. Najwa pon setuju nak ambik, bangla tu manyak suka la sebab sebelum ini tak pernah pun sesiapa borong sampai banyak ni.

Paling banyak pun 50 pcs jer bangla tu bagitau.

Maka bungkus la mereka di dalam kotak-kotak. Selesai bayar najwa baru terfikir aduiii tadi aku datang dengan teksi jer. Muat ke tak stok seluar dalam ni dalam teksi tu.

Eh lantaklah boleh kasi muat lah kot.

Abang teksi yang dah tunggu najwa hampir 1 jam dengan meternya masih berjalan pun datanglah buka bonet. Pastu aku pandang stok yang bangla yang dah siap susun depan kedai dia lagi tinggi dari bumbung teksi tu.

Pasti tak muat weh… hahaha

Aku lihat teksi tadi lepas siap susun stok dalam tu, hanya separuh jer dari semua stok tu dapat isi.

“Okay saya simpan separuh esok saya datang lagi” pesan aku dekat bangla tu.

Itu pun dah padat teksi abang tu dengan stok aku.

Abang teksi tu ada tanya aku barang apa yang saya beli banyak tu, aku cakap stok seluar dalam.

Dia sambil bulat mata terkejut tanya aku nak jual kat mana banyak seluar dalam ni. Hahaha. Aku dalam hati nak tergelak pon ada, duduk penuh satu teksi dengan stok seluar dalam.

Maka balik tu bermulalah sesi mengambil gambar dan mengGOOGLE lah info tentang seluar dalam tu.

Wah banyak sekali info yang aku dapat sebab seluar dalam ni dari china so memang banyaklah info-info yang boleh ku ambil.

PANTY KEMPIS PERUT MURAH adalah nama Facebook Pages ku.hehe. Maka bermula lah episod jualan seluar dalam dengan harga seperti dibawah :

1 PCS = RM20
5 PCS = RM75
12 PCS = RM100

5 minit selepas aku post iklan di wall pages dengan tagline “PANTY KEMPIS PERUT MURAH” maka berduyun-duyunlah orang komen yang berminat nak order. Tergezutt jugak aku banyak betul sambutan yang aku dapat.

Alhamdullilah rezeki.

Maka habislah stok aku sebanyak 500 pcs tu dalam masa 2 hari sahaja. Maka berulang-ulanglah najwa ke kedai tu dengan membeli kesemua stock kedai itu sampai licin dan panty itu menjadi viral.

Selepas kedai itu dan kedai lain diseluruh KL dah habis stok dan tak dapat menampung order najwa yang sentiasa masuk tak berhenti-henti, maka najwa pun mulalah start order direct daripada china memandangkan memang sejak usia 17 tahun lagi najwa dan biasa pergi ke china untuk membeli stok barang-barang bisnes.

So belilah najwa dalam kuantiti beribu-ribu pcs. (puas najwa cari gambar stock yang bertimbun, nanti jumpe kita up. Ini gambar first stok yang kedai borong tu)

Itu cerita indah kan, cerita tak indah pula bila kawan-kawan sekolah kau perli kau jual seluar dalam ke. Eh ada aku kesah ke? Sekurang-kurangnya waktu tu aku dah mampu beli lebih daripada 2 biji kereta walau aku jual seluar dalam!!! hehe

Untung tak banyak tapi najwa main kuantiti.

Dekat china dapatlah Rm 2.50 modal.

Kalau jual 12 pcs dapatlah untung setiap parcel RM60 selepas tolak kos postage. Ketika itu parcel untuk panty saje adalah dalam 50-60 parcel tak campur lagi produk Aura White, Felinna dan lain-lain lagi.

RM60 x 50 parcel = RM3000 sehari untuk seluar dalam sahaja.

Korang kiralah kalau 1 minggu dan 1 bulan kan.

Kenapa najwa melalut cerita pasal seluar dalam nie?

Sebab sekarang ini orang atau peniaga baru memilih bulu nak menjual produk-produk ni. Jika nak jual kena barang atau produk yang dah viral, kena Founder famous, kena ada team yang besau laa, bla-bla-bla.

Hello, semua benda najwa jual sebelum ni semua tak famous lagi ok.

Tapi dengan usaha dan kesungguhan kita sebagai penjual lah yang akan menentukan berapa banyak unit produk yang dapat terjual.

Bukan main promote sekali dua iklan nak dapat jual beribu riban. Yang penting konsisten dan tak pernah putus asa. Bukan sekadar hangat-hangat taik ayam. Hehe

Najwa jual produk Felinna dulu masa tu dia belum naik sangat lagi, Aura White lagilah masa tu berapa orang je yang jual tak silap najwa adalah stokis nombor 3 yang register dengan HQ tu.

Alhamdullilah najwa dapat mencapai jadi antara top stokis Aura White dan jenama2 lain. Dapat reward macam-macam dari HQ.

Itu semua atas diri kita, walau kau jual seluar dalam pun kau boleh buat duit.

Tak percaya? Najwa dah buktikan. Ya betul salah satu sebab kalau produk hot memang senang nak jual tapi tak semestinya produk yang tak viral tak boleh jual kan yang penting usaha kita.

Ubahlah fikiran kita,percaya pada rezeki dan diri kita.

Sumber: Rami Zati Hilmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...