King of the road, Perodua Myvi keluaran tempatan acap kali menjadi bualan ramai kerana reka bentuk dan kemampuan luar biasanya ‘beraksi’ di jalan raya.
Tular di media sosial tengah hari tadi akan sebuah kereta Myvi berwarna putih ‘terbang’ melintasi parit besar di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri Johor Bahru.
Warga maya turut meninggalkan komen akan pemandu Myvi tersebut yang bernasib baik kerana kereta itu tidak jatuh ke dalam longkang besar itu. Kalau kereta itu jatuh terjunam ke dalam longkang, pasti akan mengalami kerosakan yang lebih teruk di samping nyawa pemandu juga akan melayang.
Sementara itu, pemandu King of the road yang tersepit di dalam kereta berjaya diselamatkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan menggunakan peralatan khas.
Mangsa yang kesakitan kemudian diserahkan kepada pihak KKM untuk mendapatkan rawatan.