Industri pencipta kandungan hari ini diselubungi rasa sedih selepas pempengaruh yang dikenali dengan konten percutian ala kampung dan memperkenalkan kepada orang ramai untuk terokai kampung-kampung di sekitar negeri Perak dan Selangor.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran rakan pencipta kandungan, Azmeer Iskandar di laman sosial X, dia memaklumkan pempengaruh Nazirul Hakim telah dijemput Ilahi.
Pada yang mengenali Nazirul Hakim atau lebih dikenali iamNazirul di media sosial, beliau telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al Fatihah.
Sahabat almarhum yang juga pempengaruh, Akhi Fairuz mengesahkan bahawa Nazirul meninggal dunia akibat jangkitan kuman.
Tulisnya, Nazirul menghembuskan nafas terakhir pada jam 10 malam tadi selepas dimasukkan di hospital dan dirawat akibat jangkitan kuman sejak awal Disember.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.