Melalui pendedahan anak usahawan, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim, wang berjumlah RM1.3 juta milik arwah ibunya dibawah keluar dari rumah dengan menggunakan beg bagasi.
Bersyukur penantian akhirnya berakhir..
Melalui perkongsian di media sosial, Irdina meluahkan rasa syukur kerana penantian keluarganya sudah berakhir selepas bertahun-tahun menuntut hak mereka.
Apa yang ditakdirkan milik kita tetap untuk kita walau macam mana pun orang ambil. Apa yang bukan milik atau takdir kita, itulah yang kita kena reda.
@dnarfaziani4 1.3juta .. Al-Fatihah Faziani Rohban. Semoga apa yg dnar kongsikan dalam live dnar jam 11 pagi esok untuk supporters arwah mami #dnarsskincare ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Lihat dengan mata sendiri duit di bawah keluar dari rumah
Menurut wanita itu, wang yang berjumlah jutaan ringgit itu dibawa keluar dari rumah dengan menggunakan beg bagasi dan situasi tersebut dilihat sendiri dengan matanya.
Susulan perkara yang sudah berlaku, Irdina memberi pesanan kepada orang ramai untuk menjaga amanah dan jangan sesekali mengambil hak orang lain.
Sebelum ini, media melaporkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal, 48 diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk memulangkan semula wang tunai milik arwah isteri ke akaun pentadbir bersama harta pusaka wanita itu.