Dikejar Suami Selepas Bertengkar, Wanita Maut Motosikal Terbabas Rempuh Tembok Batu

Kehidupan

Dikejar Suami Selepas Bertengkar, Wanita Maut Motosikal Terbabas Rempuh Tembok Batu

Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan merempuh tembok batu berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Kampung Pengkalan di Alor Gajah.

Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku jam 12.45 pagi dan wanita yang merupakan pekerja kilang itu, Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala.

Advertisement

mangsa kemalangan maut

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, maklumat diterima oleh pihak polis mendapati mangsa dan suaminya bertengkar sebelum kejadian malang itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berkenaan sedang mengejar mangsa sebelum kemalangan itu berlaku.

Ketika dalam perjalanan pulang itu, suami mangsa mengekorinya dari arah belakang menyebabkan mangsa bertindak memecut motosikal yang ditunggang untuk melarikan diri daripada lelaki itu namun terbabas.

suami meratap kematian isteri kemalangan

Bagaimanapun, siasatan kini masih dijalankan dan pihak polis akan memanggil suami mangsa untuk diambil keterangan selain mengesan saksi bebas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

7 days ago

Keluarga Masih Trauma Hilang Dua Insan Tersayang Dalam Satu Hari - "Pagi Ayah Dibun*h, Zuhur Kakak Pula Meninggal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...