Dikejar Peminat Pekak Dan Bisu Untuk Bergambar, Shuib Sepahtu Tersentuh Hati Dengan Sokongan Peminat OKU

Hiburan

Dikejar Peminat Pekak Dan Bisu Untuk Bergambar, Shuib Sepahtu Tersentuh Hati Dengan Sokongan Peminat OKU

Meskipun tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan, pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu berasa terharu dengan sokongan yang diterimanya daripada seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bekerja sebagai badut, semalam.

Menurut Shuib, lelaki OKU yang menghidap cacat pendengaran dan bisu itu kelihatan benar-benar teruja kerana dapat bertemu dengan dirinya secara empat mata.

Advertisement

Dia yang juga kini bergelar usahawan itu telah berkongsi momen-momen tersebut menerusi ruangan instagram miliknya baru-baru ini.

“Masa saya ke outlet baru Bubblebee di Mydin Meru Ipoh tengah hari tadi, ada seorang abang badut ini beria-ria kejar dan nak jumpa saya. Bila jumpa dia bagitau yang dia pekak dan bisu.Walaupun saya tak berapa faham apa yang beliau cuba maksud dan sampaikan, tapi ianya sangat menyentuh hati saya,”

Shuib yang juga suami kepada penyanyi Siti Sarah ini mengakui pertemuan yang tidak disengajakan itu telah menyentuh hatinya kerana insan itu seolah-olah memahami situasi yang sedang dialaminya ketika ini.

View this post on Instagram

Alhamdulillah ? @bubblebeemalaysia_hq

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Dia dalam pada itu turut mendoakan supaya saudara berkenaan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Meninjau ruangan komen pula, ramai pengikut Instagram Shuib tampil membantu dalam menterjemahkan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki berkenaan.

Terdahulu, media berpusu-pusu melaporkan mengenai kes penggubahan wang haram yang melibatkan beberapa selebriti dan usahawan terkenal. Antara individu yang dipanggil membantu siasatan adalah Shuib dan pihak SPRM telah mengesahkan bahawa dia dipanggil untuk tampil memberi keterangan berhubung kes terbabit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...