Dikecam Teruk, Netizen Spekulasi Faiz Roslan Hendak Bunuh Diri

Trending

Dikecam Teruk, Netizen Spekulasi Faiz Roslan Hendak Bunuh Diri

Pada awal Ramadan, personaliti Instagram Faiz Roslan telah memuat naik satu video parodi lagu ‘Lagi Syantik’ nyanyian Siti Badriah ke media sosial. Dalam parodi itu, Faiz dilihat mengenakan pakaian seperti perempuan bersama dua orang rakannya.

Advertisement

Tindakan Faiz itu mendapat kecaman Netizen yang menyifatkan ianya tidak sesuai dilakukan pada bulan Ramadan.

Kemudian melalui satu siaran langsung di Instagram, Faiz Roslan memberitahu yang dia tidak berpuasa kerana tidak bersolat. Baginya tidak perlu berpuasa jika tidak bersolat kerana perbuatan itu satu kerugian. Dia menjawab sebegitu apabila rakannya dilihat makan di latar belakang siaran langsung tersebut dan netizen mempersoalkan tentangnya.

Akibatnya, dia menerima kecaman lebih hebat sehinggakan ada yang meminta Faiz dan rakannya diarak dalam van jenazah kerana tidak berpuasa.

Susulan itu, Faiz mendakwa akan menutup akaun Instagramnya dan tidak akan memuat naik video lagi. Perkara ini juga mendapat perhatian Mufti Wilayah Pesekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri  yang menyatakan hasrat ingin bertemu dengan Faiz Roslan.

Terbaru, seorang rakan Faiz mendakwa emosinya kini tidak stabil dan meminta Netizen berhenti mengecam Faiz.

Sebelum ini perbuatan Faiz mendapat teguran ramai pihak termasuk pelakon Sharnaaz Ahmad. Azza Elite juga telah menegur Faiz, meminta agar pemuda itu tidak sombong dengan Allah SWT. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...