Pelakon terkenal, Shukri Yahya mendedahkan bahawa buat masa ini, dia memilih untuk tidak menerima tawaran untuk membawa watak lelaki ‘red flag’ dalam drama.
Walaupun sudah terbiasa dengan kecaman, Shukri atau nama penuhnya, Mohd Shukri Yahya akui membuat keputusan itu susulan menerima kecaman daripada netizen terhadap lakonannya sebelum ini yang dirasakan melampaui batas.
Saya dah lali dengan kecaman. Ada yang maki, hantar mesej panjang berjela, ada juga yang label saya dengan stereotaip tertentu. Tapi saya tak anggap itu sebagai sesuatu yang berat.
Saya dah berbincang dengan pihak televisyen dan meminta mereka tawarkan saya drama yang lebih tenang.
Kalau boleh, biarlah watak yang lebih ‘green flag’. Saya bimbang jika terus bawa watak toksik, orang akan terbawa-bawa dan terus mengecam.
Menurut Xtra, pelakon itu turut berkata, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana sebelum ini ada penonton yang benar-benar percaya dia memiliki keperibadian yang sama seperti watak yang dilakonkan.
Setiap kali selesai satu drama, saya akan ubah gaya rambut kembali seperti biasa. Tapi masih ada netizen yang kata ‘ingatkan tadi tu betul-betul perangai sebenar, rupanya hanya lakonan.
Sampai ke tahap itu sekali impaknya. Sebab tu saya nak berehat seketika daripada watak-watak macam ni.
Dalam pada itu, pelakon itu turut mengeaskan agar orang ramai tidak mengheret keluarganya dalam sebarang kecaman.
Saya tak kisah kalau orang nak kecam saya, itu sudah lumrah sebagai pelakon. Tapi jangan libatkan keluarga saya, cukup setakat saya sahaja.