Baru-baru ini, di platform media sosial, tular video memaparkan sebuah kedai perkakasan memasang bendera terbalik yang membuatkan ramai berasa marah.
Teruk dikecam pasang bendera terbalik
Tampil bersuara, pemilik kedai yang terletak di Taman Bertam Permata tampil menafikan dakwaan sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik seperti yang ditularkan di media sosial.
Sebaliknya, lelaki bernama Pang Chin Tian itu berkata kejadian tersebut berlaku sewaktu proses mengukur panjang batang besi untuk pemasangan bendera itu.
Memang tak sengaja, sedang ukur panjang besi
Malah pekerja memang diarahkan merakam gambar bagi mendapatkan ukuran panjang besi yang sesuai digunakan. Ketika video dirakam itu hanya percubaan sahaja.
Namun begitu, lelaki yang sudah menjalankan perniagaan di lokasi tersebut selama 10 tahun itu tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan itu dan memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Ya, kami mengakui kesilapan dan saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan apa yang berlaku.