Pelakon Datin Almy Nadia dikecam ramai selepas dia dilihat memeluk pempengaruh dari Indonesia, Mimi Peri yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.
Gara-gara tidak menjaga batas seperti dituntut agama Islam, isteri kepada pengarah, Datuk Fizz Fairuz itu dikritik warganet di Instagram.
Difahamkan, tindakannya itu berlaku secara spontan kerana Almy berasa sangat teruja dapat berjumpa dengan Mimi Peri buat pertama kali.
View this post on Instagram
Tidak berdiam diri, Almy tampil memberi respon dan berkata dia terbuka menerima kecaman daripada orang ramai namun meminta mereka menulis komen dengan berhemah.
Jelas Almy lagi, dia tidak membaca mahupun membalas komen-komen kecaman terhadapnya kerana enggan menambah dosa.
Saya tak perlu respon apa pun sebenarnya. Tak perlu membalas (kritikan) dengan cara apa sekali pun, apa orang nak cakap tu biarkan la.”
Kata pelakon berusia 37 tahun itu, dia sedar teguran diberikan adalah kerana dia baru berhijab namun berharap orang ramai faham bahawa dia masih dalam proses berubah secara perlahan-lahan.