Sebelum ini, usahawan sensasi iaitu Nur Sajat mengundang kontroversi apabila memuat naik video memaparkan dirinya menggayakan beberapa pakaian dalam wanita atau ‘lingerie’.
Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mendatangkan rasa kurang senang orang ramai kerana penampilannya dikatakan terlalu seksi.
Malah, ada juga netizen yang mengecam dengan mengatakan usahawan berusia 38 tahun itu terlihat seperti pornstar.
Tampil memberi respon, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menjelaskan dia kini merupakan seorang founder pakaian dalam wanita.
Jangan fikir macam tu, saya founder lingerie sekarang. Kalau saya tak jadi model siapa lagi. Saya single, saya suka kerja saya. Bab agama jangan dikaitkan, saya cari rezeki untuk anak-anak.
Bukan itu sahaja, usahawan yang berasal dari Perak itu berkata dia juga kini merupakan penduduk tetap di Australia dan mengakui sedang berusaha untuk mencari pendapatan bagi menanggung kehidupannya di sana.
Saya pun tengah struggle tau, saya bukan duduk kat Malaysia.. saya dah jadi permanent resident Australia.
Dalam pada itu, Sajat menjelaskan bahawa itu merupakan cara dia mempromosikan perniagaannya menjual pakaian dalam wanita dan bukannya untuk mempromosikan video lucah.
Saya bukan jual tubuh, saya jual pakaian dalam. Fikir secara orang berniaga, jangan bercakap ikut nafsu, saya berniaga cara saya. Yang penting saya bukan penyondol. Gittew.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.