Written by Bella | January 7th, 2020

Nampaknya rezeki penyanyi, Hady Mirza semakin melimpah ruah selepas menjuarai Gegar Vaganza 6 dan diberikan kepercayaan untuk menjadi pengacara bagi program terbaru Dansa Dan Sing.

hady mirza

Mengendalikan program secara langsung itu buat kali pertama pada minggu lalu, kredibiliti Hady dalam mengacarakan program berkenaan dipertikaikan banyak pihak.

Rata-rata penonton mengkritik Hady agak kaku sebagai pengacara lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Sherry Al-Hadad.

hady mirza pengacara kaku

hady mirza pengacara

hady mirza

Tidak menafikan perkara itu, Hady yang baru pertama kali menceburi bidang pengacaraan berharap agar penonton dapat memberikannya peluang untuk memperbaiki diri. Hady juga tidak cepat melatah apabila dirinya dikecam dan dibandingkan dengan pengacara popular, Alif Satar yang dikatakan sebagai gandingan paling sesuai buat Sherry.

Mana mungkin tak nervous, pihak produksi sendiri meluahkan rasa risau apabila saya mengacarakan rancangan ini bersama Sherry. Namun saya anggap ia sebagai perkara biasa dalam proses pembelajaran. Saya anggap kritikan negatif terhadap kualiti pengacaraan saya sebagai perkara biasa, pasti ada yang tak kena di mata penonton.

hady mirza pengacara kaku

Bayangkan beberapa bulan dahulu saya menonton Sherry dan Alif Satar mengacarakan program Big Stage sambil makan kuaci di rumah tapi kini saya pula jadi pengacara dengan Sherry. Jadi cakap la apa anda nak cakap, saya tak kisah.

Bukan mudah untuk mengacarakan sebuah program popular secara langsung. Pastinya akan ada perasaan gementar bukan?  Bagi peluang dulu pada Hady dan siapa tahu selepas ini gaya pengacaraannya akan bertambah baik.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Official Ria X & Astro Malaysia

3 responses to Dikecam Pengacara ‘Kaku’, Hady Mirza Tidak Cepat Melatah

  1. minah jambu say NO to drugs says:

    hady dia tu penyanyi bukan nye pengacara so dia mungkin pes time jadi pengacara dngan si gemok sherry mesti la dia kaku sikit n sherry pon bukan nye nak bantu hady ke pe dh tau hady tu pes time bodoh punya sherry bengap !! so hady this sun u buat betol2 ok jangan gabra ubuat aje kaku ke ape ke jalan teruskn u punya tugas u jangan nak malu2 sangat spontan aje ok ..

  2. Watever says:

    Neti pun tk hbs hbs nk kritik sana sini..mcm la korang tu perfect dlm segala hal..si hardy pun firts time host of cos la kekok n kaku..cuba korang korang y byk sgt kritik n komplen tu jd host.nk tgk gak la bgs ke tak..

  3. huhu says:

    mula2 memang la camtu..semua mcm tu..neves nak mati..bgi la peluang…mana tau minggu depan lebih bagus lagi..neti yang komen acah2 bagus tu..bila korang lahir kat dunia ni terus2 berlari ke. #tanyajer#

Tinggalkan Komen Anda Di Sini