Selepas dikritik kerana tidak sensitif kerana menggayakan pakaian uniform syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ketika sambutan sebuah majlis hari jadi, pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,26, berkata bahawa dia sejujurnya tidak mengetahu sejarah dan etika berkaitan dengan uniform tersebut.
Menurutnya lagi, pihak MAS sendiri telah berjumpa dengannya dan tampil menerangkan dengan lebih terperinci mengenai sejarah dan keistimewaan uniform tersebut. Bella dalam pada itu turut bersyukur kerana memperoleh ilmu secara tidak langsung dan sangat bermanfaat untuk dipelajari.
Dia turut meminta maaf kerana memakai uniform itu tanpa mengetahui lebih awal tentang etika pemakaian serta sejarah di sebalik pakaian tersebut.
“Bella minta maaf kerana menggunakan uniform berkenaan tanpa mengetahui lebih awal tentang info dan sejarah serta etika berkenaan uniform itu. Untuk ingatan supaya lebih berhati-hati agar uniform ini tidak disalahgunakan,”
Sebelum ini, Bella telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen kerana tampil menggayakan pakaian tersebut di sebuah majlis hari jadi ahli keluarganya yang membawa tema dream job pada September lalu.
View this post on InstagramNever forget that sometimes the smallest act of kindness can make someone’s day. @bodyflasshh_hq ?
Tambah Bella lagi, dia memilih untuk memperagakan baju tersebut kerana impiannya sejak kecil lagi untuk bergelar pramugari.