November 1st, 2019

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong dikecam gara-gara memakai loket namanya dalam tulisan Jawi. Rata-rata netizen berkata, tulisan Jawi tidak boleh dijadikan perhiasan di tubuh badan apatah lagi digayakan dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Malah, ada yang berpendapat ia boleh menimbulkan salah faham jika ada orang bukan Islam mengaitkannya dengan kalimah Al-Quran.

emma maembong

Bagaimanapun, Emma enggan memberikan komen lanjut mengenai isu tersebut. Tidak mahu perkara terus berlarutan jika dia melayan komen negatif netizen.

Saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya kalau komen pun perkara ini tetap akan berpanjangan. Tak mengapa, biarlah apa orang nak cakap pasal saya. Kalau kita buat baik atau sebaliknya pun, orang tetap akan bercakap pasal diri kita.

emma maembong loket tulisan jawi

Selagi kita melayan komen-komen negatif daripada netizen, lagi rancak buli siber berlaku. Bila kita tahu apa yang dilakukan, ambil jalan dengan tidak peduli dengan mulut orang lain.

Buat apa kita depresi disebabkan terlampau memikirkan apa yang orang luar bercakap pasal kita. Cara paling terbaik adalah kita tahu mana yang baik dan buruk. Semua itu antara kita dengan Allah serta sesama manusia.

Baguslah kalau Emma enggan melayan komen netizen, kerana kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Sumber Berita : Astro Gempak


7 responses to “Dikecam Pakai Loket Tulisan Jawi, Emma Maembong Enggan Layan Komen Netizen”

  1. Anonymous says:

    Tulisan jawi je,kat saudi ni berlambak orang pakai macam tu, siap ada brand baju lagi, semua tulisan jawi.. Search brand kalimah kalau nak tengok..

  2. Anonymous says:

    Betul juga tindakan Emma ni… jadi selebriti ni kena kalis kritikan netizen. Kalau hati tisu kompom kemurungan dibuatnya. Boleh bunuh diri last2 nanti. Netizen pakat kutuk2 bila jumpa face to face berebut nak bawa selfie pulak… hadap…

  3. Anonymous says:

    “Kalau kita buat baik atau sebaliknya pun, orang tetap akan bercakap pasal diri kita.” LOL

  4. Anonymous says:

    entahnya diorang ni. tu tulisan jawi. bukan ayat al-Quran. netizen ni makin hari makin pagal.

  5. Anonymous says:

    Korang ingat semua orang Arab tu muslim ke?Habis tu Arab Kristian tak guna tulisan jawi ke?Apa raa.Orang kita ni ingat semua tulisan Jawi & Arab mesti berkaitan Islam.Emma bukan pakai khalimah Allah atau ayat2 Quran.Dia pakai tulisan jawi nama dia aje.

Loading...