Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dikecam Pakai Loket Tulisan Jawi, Emma Maembong Enggan Layan Komen Netizen

emma maembong

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong dikecam gara-gara memakai loket namanya dalam tulisan Jawi. Rata-rata netizen berkata, tulisan Jawi tidak boleh dijadikan perhiasan di tubuh badan apatah lagi digayakan dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Malah, ada yang berpendapat ia boleh menimbulkan salah faham jika ada orang bukan Islam mengaitkannya dengan kalimah Al-Quran.

emma maembong

Advertisement

Bagaimanapun, Emma enggan memberikan komen lanjut mengenai isu tersebut. Tidak mahu perkara terus berlarutan jika dia melayan komen negatif netizen.

Saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya kalau komen pun perkara ini tetap akan berpanjangan. Tak mengapa, biarlah apa orang nak cakap pasal saya. Kalau kita buat baik atau sebaliknya pun, orang tetap akan bercakap pasal diri kita.

emma maembong loket tulisan jawi

Selagi kita melayan komen-komen negatif daripada netizen, lagi rancak buli siber berlaku. Bila kita tahu apa yang dilakukan, ambil jalan dengan tidak peduli dengan mulut orang lain.

Buat apa kita depresi disebabkan terlampau memikirkan apa yang orang luar bercakap pasal kita. Cara paling terbaik adalah kita tahu mana yang baik dan buruk. Semua itu antara kita dengan Allah serta sesama manusia.

Baguslah kalau Emma enggan melayan komen netizen, kerana kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. minah jambu say NO to drugs

    November 3, 2019 at 9:17 am

    bagus emma jangan layan ntzen2 ni semua buang masa aje bukan nye u gantung ayat Al Quran kt leher u tu setakat tulisan jawi aje..orang dulu2 dorang pon ada loket tulisan jawi ejaan nama dorang ok je ..semakin lama semakin mengarot orang2 ni semua…so just buat bodo aje jangan pening2 kan kepala..

  2. Anonymous

    November 2, 2019 at 8:58 am

    Arab bukan islam, apatah lagi tulisan arab, tidak melambangkan Islam. Hakikatnya Islam wujud sebelum Nabi Muhammad diangkat lagi, melalui Rasul-rasul terdahulu, sebab itulah Rasul-rasul terdahulu dan orang yang mengimani mereka juga disebut muslim/islam. Buktinya surah 22:78.

    Betulkanlah salah faham ni sebab akan membuka kepada 1001 salah faham yang lain termasuk hal anjing ni. Semua makhluk kecuali manusia dah hidup dalam keadaan fitrah, sesuai penciptaannya oleh Allah. Hanya manusia yang belum fitrah sebab masih tak mahu mengikut fitrah yang Allah tetapkan pada manusia iaitu mengabdi kepada Allah 100%.

    Silalah sambut hari raya fitrah 40 tahun sekali pun, kalau masih ada kemusyrikan (musyrik rububiyah, musyrik mulkiyah, musyrik uluhiyah) selagi itulah manusia belum fitrah. Ini pelik buat yang tidak tahu.

    Tapi fitrahnya malam, pasti akan memberi laluan kepada siang tanpa perlu dipaksa (kerana matahari, bulan dan seluruh cakerawala sudah tunduk patuh / fitrah pada sistem yang Allah tetapkan padanya), maka nanti di hari ‘siang’, yang gelap akan disuluh. Sudah tidak pelik lagi. Dan tulisan ini akan anda fahami nanti.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top