Pelakon zaman kini memang bagus dari segi mengembangkan lagi kerjaya mereka dan mencuba benda baharu seperti Janna Nick yang turut bergelar pengacara dan penyanyi. Walaubagaimanapun, netizen merasakan beliau tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian selepas persembahan beliau di DFKL2018 mendapat kecaman yang agak teruk.
Meskipun menerima pelbagai komen negatif, namun ia tetap tidak membuatkan Janna berputus asa dalam bidang nyanyian. Malah, beliau bakal muncul dengan single ketiganya tidak lama lagi.
Kalau orang cakap saya tak bagus ketika itu, saya terima suara saya tak sedap, tapi saya takkan jadikan alasan itu untuk berhenti menyanyi. Kritikan membuka mata saya untuk menjadi lebih baik. Bukannya saya tak pernah menyanyi secara langsung di stesen televisyen.
Saya tidak bongkak sehingga mahu berkata ‘kalau tak suka dengar suara saya, tutuplah radio, tak payahlah tengok’. Saya tidaklah seperti itu. Saya mencari rezeki dalam bidang ini. Selagi lagu saya masih diterima, saya anggap itu rezeki dan ia menjana pendapatan.
Saya terima kecaman itu untuk menjadikan saya lebih baik. Saya akan terus hasilkan single dan pada masa yang sama, perbaiki suara saya dengan menghadiri kelas vokal.
Bagus betul Janna yang sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen. Kami setuju dengan Janna yang menjadikan setiap kritikan sebagai pembakar semangat untuk beliau memperbaiki kelemahannya dan siapa tahu boleh menjadi penyanyi yang berkualiti satu hari nanti.

mak cute
June 7, 2018 at 3:45 pm
bcakap pun bingit telinga ada hati nak nyanyi…nyanyi live hancur wei…klo buat konsert live mampus kena baling telur kat ko…stakat miming blh la…
Anonymous
June 7, 2018 at 5:36 pm
betul, bercakap sememeh gila. mcm x beradap kadang2.
benci
June 7, 2018 at 3:29 pm
teruskan nyanyi Janna kalau org lain tak suka, saya tetap peminat setia awk Janna I luv u <3
milah
June 10, 2018 at 3:01 pm
phuiiiiii
Maleficent
June 7, 2018 at 1:30 pm
sejujurnya saya tak faham kenapa dia kena pakai rambut palsu kejung dalam drama drama isteri utk di iktiraf tu.. rambut ori dia kan cantik…lembut je…
Anonymous
June 7, 2018 at 1:24 pm
species fazura
Anonymous
June 7, 2018 at 1:01 pm
patutlah menyendeng dgn sheila rusly family… suara sumbang pon ade komposer ambik…
Anonymous
June 7, 2018 at 1:23 pm
Penyanyi cap ayam…menyemak telinga!
Anonymous
June 7, 2018 at 5:39 pm
janna tetap ingin keluarkan single.
pendengar tak sabar ingin keluarkan kahak…