Pelakon zaman kini memang bagus dari segi mengembangkan lagi kerjaya mereka dan mencuba benda baharu seperti Janna Nick yang turut bergelar pengacara dan penyanyi. Walaubagaimanapun, netizen merasakan beliau tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian selepas persembahan beliau di DFKL2018 mendapat kecaman yang agak teruk.
Meskipun menerima pelbagai komen negatif, namun ia tetap tidak membuatkan Janna berputus asa dalam bidang nyanyian. Malah, beliau bakal muncul dengan single ketiganya tidak lama lagi.
Kalau orang cakap saya tak bagus ketika itu, saya terima suara saya tak sedap, tapi saya takkan jadikan alasan itu untuk berhenti menyanyi. Kritikan membuka mata saya untuk menjadi lebih baik. Bukannya saya tak pernah menyanyi secara langsung di stesen televisyen.
Saya tidak bongkak sehingga mahu berkata ‘kalau tak suka dengar suara saya, tutuplah radio, tak payahlah tengok’. Saya tidaklah seperti itu. Saya mencari rezeki dalam bidang ini. Selagi lagu saya masih diterima, saya anggap itu rezeki dan ia menjana pendapatan.
Saya terima kecaman itu untuk menjadikan saya lebih baik. Saya akan terus hasilkan single dan pada masa yang sama, perbaiki suara saya dengan menghadiri kelas vokal.
Bagus betul Janna yang sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen. Kami setuju dengan Janna yang menjadikan setiap kritikan sebagai pembakar semangat untuk beliau memperbaiki kelemahannya dan siapa tahu boleh menjadi penyanyi yang berkualiti satu hari nanti.

nuha
June 10, 2018 at 6:44 pm
abang sokong u… go go go make more single album abam beli larrrrrr
Dinsardin
June 8, 2018 at 11:53 pm
Woiiii nyanyi x sedap….lakonan ke laut…mengacara bingitttt….g mereput la janna…minah ni perasan bagusss…pastu perangai x senonoh asyk perli org…nmpk sgt jenis dengki dgn org…