Agak lama juga kita tidak lihat Que Haidar berlakon, tetapi beliau sering berkongsi aktiviti sehariannya dengan peminat menerusi akaun Instagram.
Terbaru, Que dikecam netizen gara-gara memuat naik foto beliau dengan warna rambut baharu. Sebenarya, Que melalui kapsyen di Instagram memberitahu bahawa anak-anak perempuan beliau yang menyuruhnya menukar imej.
Foto berkenaan mendapat pelbagai respon daripada netizen dan majoritinya bertanya adakah solat Que sah.
Berikut antara komen netizen dan respon Que sendiri mengenai isu tersebut :-
Ermm, susah hendak komen mengenai isu begini kerana setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza. Walaubagaimanapun, mungkin netizen boleh tegur dengan cara yang lebih baik dan ilmu agama kita bukanlah tinggi mana untuk mempersoalkan adakah solat seseorang itu sah ataupun tidak.