August 13th, 2020

Menjelaskan tindakannya mencium dahi pelakon veteran Abu Bakar Juah yang sedang terlantar sakit itu sebagai respon semula jadi, pelakon dan pelawak popular Didie Alias akui sudah menganggap lelaki itu sebagai bapanya.

Dikecam Netizen, Didie Alias Jawab Isu Cium Dahi Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Menurut Didie, hubungan mereka yang akrab menyebabkan dirinya tidak mampu menahan sebak lalu bertindak sedemikian.

“Saya tak tahu tindakan saya itu akan dikecam kerana itu adalah respon semula jadi saya bila Ayah (Abu Bakar) memberi tindak balas dengan mengangkat tangan dan memanggil saya ketika saya datang.”

Ujar Didie, isteri Abu juga seakan terkejut melihat tindak balas yang diberikan oleh Abu kepada Didie.

“Isterinya sendiri memberitahu sejak dia dibawa pulang dari hospital, Ayah hanya terlantar sakit tanpa memberi sebarang respon meskipun bercakap. Malah dia terkejut dengan respon Ayah pada hari itu.

Dikecam Netizen, Didie Alias Jawab Isu Cium Dahi Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Didie bagaimanapun akui terlalu simpati dengan pelakon tersebut, malah turut menzahirkan perasaan sedih ketika menziarahi Abu.

“Saya pun tanpa berfikir panjang terus mencium dahinya kerana terlalu simpati dan sedih dengan tindak balasnya. Ketika itu, saya juga memakai ‘mask.”

Dikecam Netizen, Didie Alias Jawab Isu Cium Dahi Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Terdahulu, rakaman videonya mencium dahi Abu Bakar yang sedang terlantar sakit dikecam teruk oleh segelintir netizen.

Mengulas lanjut mengenai keadaan terkini Abu, pemenang Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 itu memaklumkan pelakon veteran itu sedang menghidap kanser hati.

Dikecam Netizen, Didie Alias Jawab Isu Cium Dahi Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

“Saya terkejut bila dapat tahu dia kini jatuh sakit kerana kali terakhir berjumpa dengannya adalah pada dua tahun lalu. Dia segak dan nampak sihat, berbeza dengan keadaan sekarang.

Untuk Didie turut menziarahi Abu sambil menjayakan programnya Lady Didie Talk Show untuk segmen Merisik Khabar.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...