March 25th, 2016

Gara-gara membandingkan lawatan TMJ dan Dato Seri Vida ke Sepanyol melalui akaun Facebooknya, pelawak Azrul Cham telah dikecam teruk oleh netizen.

Ini kerana Azrul kelihatan seakan menghina Dato Seri Vida dan hanya memuji TMJ sahaja. Ada pihak yang menganggap Azrul bertindak sedemikian untuk mencari publisiti murahan selepas tersingkir daripada  MLM 2016 baru-baru ini.

Masih lagi menerima kritikan kerana status Facebooknya itu, Azrul telah tampil memohon maaf dan berharap isu ini tidak berpanjangan. Jelas Azrul, beliau hanya meluahkan apa yang berada di mindanya ketika itu.

Saya tiada niat apa-apapun. Sebagai pemerhati dan peminat bola sepak negara, saya teruja dengan kesungguhan TMJ dan DSV untuk memajukan sukan berkenaan. Jadi bagi yang tersalah anggap, saya mohon maaf dan harap jangan disimpan di dalam hati. Jujurnya apa yang saya tulis itu seperti apa yang bermain di dalam minda.

Buat Azrul, beliau percaya semua yang berlaku adalah salah faham sahaja dan jika orang ramai mempunyai pandangan serta minda yang terbuka pasti ia tidak akan menjadi satu perkara yang hangat.

Kalau ada yang anggap apa saya tulis itu tidak rasional, sama juga dengan kefahaman mereka yang membacanya. Ia bergantung kepada tafsiran masing-masing. Malah pada hujung status itu juga, saya tulis ‘jangan marah, semua orang boleh pergi Spain’.

Saya anggap juga medium laman sosial itu sebagai ruang peribadi dan kita boleh berkongsi apa yang difikirkan. Namun, disebabkan ada yang salah pemahaman, maka tercetuslah isu ini. Kalau baca dengan minda terbuka, mungkin semua ini tidak terjadi.

Facebook memang tempat kita boleh berkongsi apa sahaja, tetapi jika isu sensitif yang melibatkan sukan bola sepak yang banyak penyokongnya, pasti ia akan mengundang kemarahan mereka. Apa-apa pun, harap Azrul menjadikan perkara ini sebagai pengajaran, tidak lah mahu ada pihak label anda untuk cari publisiti murahan lagi kan?

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...