Walaupun masih baharu dalam dunia hiburan, Agy, penyanyi dan personaliti media sosial, sering menjadi sasaran kecaman.
Agy mengakui pernah hilang keyakinan diri akibat kritikan netizen, hingga merasakan dirinya tidak cukup bagus untuk terus bertahan. Namun, sokongan tanpa syarat daripada keluarga, terutama ibu bapa dan pak ciknya, memberi kekuatan untuk terus melangkah.
Di usia 30, Agy memilih untuk berdamai dengan masa lalu dan mula proses penyembuhan emosi menerusi sesi khas bersama Dr. Healing.
Dalam sesi tersebut, Agy meluahkan beban emosi yang dipendam selama ini melalui teknik simbolik ‘melepaskan botol’.
Saya selalu tunjuk kuat sebab tak nak orang tahu saya pernah luka. Tapi sampai bila?
Kini lebih tenang dan matang, Agy merancang pelancaran lagu terbaharunya berjudul Jadi Aku, yang menurutnya mencerminkan perjuangan menerima diri sendiri. Katanya,
Saya tak minta semua orang suka saya, cukuplah ada yang sudi sokong.