Susulan dikecam netizen, usahawan serta personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz meminta orang ramai untuk tidak sibuk dengan cara pemakaiannya ketika bersukan.
Dikecam hanya bertopi ketika bersukan
Dapat dilihat di platform Instagram, Sasha meluahkan dirinya berasa kurang senang dengan tindakan sesetengah individu yang menganggap dia sudah tidak berhijab kerana hanya memakai topi sewaktu bersukan.
Korang ni jangan serabut serabut boleh? Saya tak ada pula nak buka hijab, saya dari dulu walaupun dah bertudung saya akan pakai topi atau hoodie waktu bersenam. Jadi, bawa bertenang okay.
View this post on Instagram
Oleh kerana dikecam, usahawan tersebut memaparkan semula foto-foto lama dirinya sebelum ini yang selesa memakai topi ketika bersukan.
Minta netizen jangan sibuk, masih berhijab
Malah, Sasha turut menegaskan dia masih berhijab walaupun mengakui cara pemakaiannya masih belum sempurna.
Jangan lah bagi saya sakit kepala. Tak perlu risau saya nak buka tudung atau pakai tudung. Setakat ini masih berhijab sama ada turban, shawl atau apa sahaja yang saya nak pakai.
Sasha sempat menasihati orang ramai untuk tidak menilai serta mempertikaikan perkara yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.