Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dikecam Merentas Negeri Untuk Pulang Ke Kampung, Masya Masyitah Mohon Maaf

Masya Masyitah

Penyanyi Masya Masyitah sebelum ini telah menerima kritikan dan kecaman daripada warga maya kerana didakwa telah merentas negeri untuk pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kulim, Kedah.

Jelas Masya, dia mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa untuk pulang ke kampung atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Advertisement

Ujarnya, dia mendapat pelepasan tersebut apabila permohonan rentas negeri itu dibuat ibunya di mana secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut hari lebaran bersama keluarganya di Kulim selepas terpisah hampir setahun berikutan perlaksanaan PKP oleh kerajaan sejak tahun lalu.

“Ketika pergi ke balai polis untuk mendapat surat perlepasan kami dilayan sama rata dan perlu beratur panjang. Ketika tiba giliran, mak memberikan segala dokumen untuk membolehkannya balik Kulim. Malah mak turut bertanyakan sama ada saya boleh ikut balik sekali atau tidak, dan jawapan yang diberikan polis adalah boleh. Malah ayah juga ada beritahu yang had satu kereta adalah tiga orang.”

Kata Masya lagi, tiada istilah orang kayangan sehingga dia dapat pulang ke kampung bersama ibunya untuk Aidilfitri kali ini.

Dia dalam pada itu turut memohon maaf kepada netizen sekiranya perkongsiannya itu telah sedikit sebanyak mengguris hati dan perasaan mereka.

Masya turut mengakui ahli keluarganya juga turut menerima kecaman hebat termasuklah ibunya sehingga ada yang mendakwa bondanya itu tergamak meninggalkan suami di kampung kerana mahu mengikut anak mengejar populariti dan dunia glamor.

“Saya ingin jelaskan mak memang tak izinkan saya berada di Kuala Lumpur seorang diri. Kami memang tak pernah berpisah sampaikan ayah sendiri beri izin untuk mak jaga saya di Kuala Lumpur..” ujarnya mengakhiri bicara.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. kak long

    May 17, 2021 at 9:38 pm

    BODOH..itu je nak kata. Saja gatal nak tunjuk yang ko boleh merentas.

  2. Anonymous

    May 17, 2021 at 10:30 am

    I guess stupidity cannot be fixed. Where is your common sense? Seriously, kalau dapat balik, then senyap2 sudah lah. Like, purposely post in social media and not knowing what would be the consequences? Lepas tu, mintak maaf, senang kan? Ke laut mentaliti org2 canmnie.

  3. Anonymous

    May 15, 2021 at 9:35 am

    Ni lah bokimak golongan kayangan .. vavi …

  4. Anon

    May 15, 2021 at 7:39 am

    Dia ni tak belajar dari instafamous, selebriti lain yg menunjuk-nunjuk dpt rentas negeri.. Taula dpt kebenaran…Perlu ke nak bagitau org dpt lepas negeri…tak pikir sensiviti ramai org skrg..Mmg dah mintak maaf, tp agaknya dlm hati tu melonjak-lonjak suka sbb misi menunjuk berjaya.

Leave a Reply to kak long Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top