July 2nd, 2018

Untuk menghangatkan lagi jalan cerita sesebuah drama ataupun filem, babak romantis antara salah satu cara untuk menarik perhatian penonton. Adegan berpelukan dan aksi ranjang juga sudah menjadi biasa sebagai ‘pelaris’.

Namun, kini penonton sudah muak dengan aksi terlampau antara bukan mahram ini. Itulah juga yang dirasakan oleh netizen yang mengecam foto Sharifah Sakinah dengan bersahaja beraksi manja dan lentok di bahu sasa pelakon kacak Remy Ishak. Buat mereka tidak manis untuk seorang wanita yang sudah bergelar isteri orang untuk menampilkan aksi sebegitu.

Bagaimanapun, Sakinah tampil membidas kata-kata ‘haters’ dengan kenyataan yang agak mengejutkan apabila membangkitkan soal akidah. Ironinya, masih ada golongan yang menyokong kata-kata Sakinah dan memahami apa yang beliau lakukan semata-mata demi tuntutan kerjanya.

Walaubagaimanapun, majoriti netizen tidak bersetuju dengan kata-kata Sakinah. Niat itu tidak menghalakan cara dan masih ada lagi pelakon yang boleh menjayakan babak romantis sehingga memberikan kesan dalam hati penonton tanpa perlu bersentuhan.

Mengenali Sakinah, rasanya anda semua tahu beliau seorang yang bersikap terus-terang dan tidak kisah langsung dengan kecaman. Apa-apa pun, janganlah berbicara isu sensitif seperti akidah kerana hal tersebut memang akan membangkitkan kemarahan ramai.


20 responses to “Dikecam Lentok Di Bahu Remy Ishak, Sharifah Sakinah Bangkitkan Isu Akidah?”

  1. Anonymous says:

    Artis melayu ada agama diaorang sendiri.Agama tu serupa islam tapi amat sukar dibezakan.diaorg nie pemuja celah kangkang.Tak caya tgklah drama melayu.semua kisah kemaruk celah kangkang cinta meleleh.Jgn terpedaya dgn artis melayu.Bahaya.

  2. Anonymous says:

    ok paham. tuntutan kerja.. tapi jawapan tu boleh tak jangan jahil sangat.. paham dik, antara ko ngan Allah, tapi bila jawab tu jangan lah seolah2 kau menegakkan benang basah. dah sah2 yang ko buat tu salah. ko xnak minta maaf kat kami takpa. tp sekurang2nya kau jgnlah sombong sangat bila menjawab. seolah2 kau lupa dengan tuntutan Allah,

  3. Alifba says:

    “It is what required for my character which im committed”
    Ya Allah dik, bagaimana dengan requirement Sang Pencipta mu..

  4. anon says:

    sila buka ig @nadia.normahazan n @syaznisazali dan lihatlah betapa buruknya perangai founder ratu slimming jelly @DATIN AMYERA (@amyera.zainal)

  5. Alloya says:

    Artis kat m’sia ni 90% ginilh perangai..open minded kekonon..tulh dunia artis bebas tanpa sempadan..f

Loading...