Untuk menghangatkan lagi jalan cerita sesebuah drama ataupun filem, babak romantis antara salah satu cara untuk menarik perhatian penonton. Adegan berpelukan dan aksi ranjang juga sudah menjadi biasa sebagai ‘pelaris’.
Namun, kini penonton sudah muak dengan aksi terlampau antara bukan mahram ini. Itulah juga yang dirasakan oleh netizen yang mengecam foto Sharifah Sakinah dengan bersahaja beraksi manja dan lentok di bahu sasa pelakon kacak Remy Ishak. Buat mereka tidak manis untuk seorang wanita yang sudah bergelar isteri orang untuk menampilkan aksi sebegitu.
Bagaimanapun, Sakinah tampil membidas kata-kata ‘haters’ dengan kenyataan yang agak mengejutkan apabila membangkitkan soal akidah. Ironinya, masih ada golongan yang menyokong kata-kata Sakinah dan memahami apa yang beliau lakukan semata-mata demi tuntutan kerjanya.
Walaubagaimanapun, majoriti netizen tidak bersetuju dengan kata-kata Sakinah. Niat itu tidak menghalakan cara dan masih ada lagi pelakon yang boleh menjayakan babak romantis sehingga memberikan kesan dalam hati penonton tanpa perlu bersentuhan.
Mengenali Sakinah, rasanya anda semua tahu beliau seorang yang bersikap terus-terang dan tidak kisah langsung dengan kecaman. Apa-apa pun, janganlah berbicara isu sensitif seperti akidah kerana hal tersebut memang akan membangkitkan kemarahan ramai.