Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dikecam Keterlaluan Gara-Gara Gurauan Wajah Mirip Angelina Jolie, Penyanyi Bunga Isme Beri Amaran

Bungaisme

Niat hanya ingin bergurau namun lain pula yang terjadi apabila penyanyi rap Bunga Isme dikecam hebat gara-gara mengakui wajahnya seiras dengan artis antarabangsa, Angelina Jolie.

BungaIsmeSumber : Instagram Bungaisme  

Menerima kritikan yang tidak putus-putus sejak hari Jumaat yang lalu, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari tampil bersuara mengenai isu tersebut dan turut memberikan amaran kepada netizen di luar sana.

Advertisement

Menurut Bunga, segala kritikan melampau berunsurkan negatif boleh dianggap sebagai buli siber dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

IG BungaismeSumber : Instagram Bungaisme  

 

“Biarkan saja orang kata kita perasan cantik sebab kita tak insecure. Kalau perasan bagus, itu untuk orang yang kata kita perasan cantik tu. Renung-renungkan dan selamat beramal. Jangan lupa ya, komen berunsur negatif iaitu cyberbully..jika mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia, kalau saman..denda (apabila disabitkan) tak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun. Jadi jangan sampai terkena ya..semoga berjaya,”

Penyanyi berusia 21 tahun ini mencuri perhatian netizen apabila beberapa portal hiburan mengeluarkan artikel mengenai dirinya mengakui sering kali disamakan dengan artis tempatan dan antarabangsa.

Kenyataan Bunga itu kemudian disalah anggap sesetengah warga netizen apabila mereka mendakwa penyanyi lagu Intan Payung ini sebagai ‘syok sendiri’ kerana wajahnya tidak sama dengan Angelina Jolie seperti yang didakwa Bunga.

“Hanya sebab anda tidak mengenali saya, tidak bermaksud anda boleh lemparkan rasa benci di ruangan saya. Beratus komen daripada orang yang dikategorikan sebagai orang dewas. Kelakar!” – Bunga Isme

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Peace of mind

    February 25, 2021 at 6:04 pm

    Girl, u have a long way to success & more to learn in this industry. Be more wiser when u want to post something. Lesson learnt.

  2. Anonymous

    February 25, 2021 at 5:39 pm

    Aku x tau kau ni retiz..aku x kenal lansung..umur pun baru setahun jagung..silap sendiri..serbi nya nak ceta kat semua orang..nak salahkan netizen pulok..cber bully tau pulak kau..kebodohan sendiri tak tau

  3. hahahahahahahahahahah

    February 25, 2021 at 5:21 pm

    ade sesetgh manusia, sudahlah dirumah tidak mempunyai cermin, kemudian angkuh pula gertak2 org. itu bukan sejenis buli. itu nk bg awak sedarrrrrrrrrrrrr diriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

  4. Anonymous

    February 25, 2021 at 5:02 pm

    Retizz benganggg…jangan buat kat sosial media kalau pun ko prasan sangat…diam aje..ni kau bengang perasan angelina memang lah netizen muntah..cakap yg betul..memang jauh panggang lah dari api..ni nak saman netizen..nak salahkn org pulak..dah diri yg benganggg

  5. brunes

    February 25, 2021 at 3:11 pm

    i dong know sebelah mana nya yg mirip angelina jolie lolz perasannn!!

Loading...
To Top