Dikecam Keterlaluan Gara-Gara Gurauan Wajah Mirip Angelina Jolie, Penyanyi Bunga Isme Beri Amaran

Hiburan

Dikecam Keterlaluan Gara-Gara Gurauan Wajah Mirip Angelina Jolie, Penyanyi Bunga Isme Beri Amaran

Niat hanya ingin bergurau namun lain pula yang terjadi apabila penyanyi rap Bunga Isme dikecam hebat gara-gara mengakui wajahnya seiras dengan artis antarabangsa, Angelina Jolie.

BungaIsmeSumber : Instagram Bungaisme  

Menerima kritikan yang tidak putus-putus sejak hari Jumaat yang lalu, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari tampil bersuara mengenai isu tersebut dan turut memberikan amaran kepada netizen di luar sana.

Advertisement

Menurut Bunga, segala kritikan melampau berunsurkan negatif boleh dianggap sebagai buli siber dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

IG BungaismeSumber : Instagram Bungaisme  

 

“Biarkan saja orang kata kita perasan cantik sebab kita tak insecure. Kalau perasan bagus, itu untuk orang yang kata kita perasan cantik tu. Renung-renungkan dan selamat beramal. Jangan lupa ya, komen berunsur negatif iaitu cyberbully..jika mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia, kalau saman..denda (apabila disabitkan) tak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun. Jadi jangan sampai terkena ya..semoga berjaya,”

Penyanyi berusia 21 tahun ini mencuri perhatian netizen apabila beberapa portal hiburan mengeluarkan artikel mengenai dirinya mengakui sering kali disamakan dengan artis tempatan dan antarabangsa.

Kenyataan Bunga itu kemudian disalah anggap sesetengah warga netizen apabila mereka mendakwa penyanyi lagu Intan Payung ini sebagai ‘syok sendiri’ kerana wajahnya tidak sama dengan Angelina Jolie seperti yang didakwa Bunga.

“Hanya sebab anda tidak mengenali saya, tidak bermaksud anda boleh lemparkan rasa benci di ruangan saya. Beratus komen daripada orang yang dikategorikan sebagai orang dewas. Kelakar!” – Bunga Isme

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...