Dikecam Kerana Poster Filem ‘Budak Kripto’ Dianggap Ketinggalan Zaman, Penerbit Kata Ia Strategi Pemasaran

Hiburan

Dikecam Kerana Poster Filem ‘Budak Kripto’ Dianggap Ketinggalan Zaman, Penerbit Kata Ia Strategi Pemasaran

Baru-baru ini, poster filem Budak Kripto telah menerima kecaman yang hebat daripada netizen kerana menganggap reka bentuk poster tersebut ketinggalan zaman.

3 years ago

Edit Sendiri Poster Filem, Hairul Azreen Dikritik -"Tengok Poster Pun Dah Tahu Kualiti Cerita Dia.."

Advertisement

Bagaimanapun, penerbit filem tersebut iaitu Zamzuri Mohammed Tahir menerima kritikan yang diberi oleh netizen secara terbuka selain turut menjelaskan ianya merupakan strategi pemasaran yang menggunakan teknik psikologi berbalik atau reverse psychology.

Memang saya nak biar orang bercakap dan secara tak langsung, orang tahu akan kemunculan filem Budak Kripto ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Dalam pada masa yang sama, beliau turut berkata ada mesej yang hendak disampaikan disebalik poster yang kelihatan seperti poster filem DVD yang popular sekitar tahun 1990-an itu.

Tambahnya lagi, dia juga mengucapkan rasa syukur kerana trailer filem terbabit telah pun meraih sebanyak 50,000 tontonan dalam masa sebulan.

Poster Budak KriptoSumber : Harian Metro  

Sekadar info, Budak Kripto dbintangi pelakon baru, Zam Azmi dan Nurul Hida di samping barisan pelakon lain antaranya Allahyarham Mamat Mamat Khalid, mendian Acappan, A Galak, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...