Kecoh beberapa hari lepas apabila Neelofa mempromosikan produk suplemen untuk kanak-kanak dan bayi menerusi Instagram Stories beliau.
Bukan sahaja mendapat teguran daripada doktor, Neelofa turut dikecam teruk oleh netizen yang mengatakan kanak-kanak dan bayi tidak perlu mengambil sebarang suplemen kerana ia hanya akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Sedar tindakannya itu sudah mencetuskan satu perdebatan dan respon yang hangat, Neelofa menerusi akaun Twitternya semalam memberitahu beliau menghargai setiap komen yang diberikan. Ketika ini pihak CnG yang mengeluarkan produk suplemen tersebut sedang berusaha keras untuk menyelesaikan kekeliruan yang berlaku.
Rata-rata netizen memuji sikap Neelofa yang sangat profesional dalam menangani isu berkenaan dan tidak mudah melatah walaupun menerima pelbagai kritikan.