Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dikecam Kerana Iklan Mati Pucuk : Ini Penjelasan Zara Zya

Gara-gara berkongsi video mengenai masalah kesihatan lelaki iaitu mati pucuk, pelakon Zara Zya di akaun Instagramnya, pelakon Zara Zya teruk dikecam netizen. Majoriti mereka mempertikaikan mengapa Zara bercakap mengenai masalah kesihatan kaum lelaki berbanding penyakit kaum wanita.

Advertisement

Tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan mencetuskan pelbagai salah faham, Zara Zya telah tampil memberikan penjelasan.

Bagi saya orang kita terlalu sensitif apabila orang perempuan menyentuh mengenai penyakit kaum lelaki, mereka tidak boleh terima. Sebenarnya saya telah dibayar untuk menyampaikan mesej kempen mengenai mati pucuk dan kanser prostat.

View this post on Instagram

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

Advertisement

Pada mulanya memang saya tak tahu pun akan diminta untuk bercakap mengenai isu terbabit sehinggalah mendapat skrip. Tapi saya rasa tak salah pun untuk saya bercakap mengenai permasalahan itu kerana ia adalah fakta dan saya turut sertakan statistik mengenai penyakit berkenaan.

Zara Zya bagaimanapun memberitahu beliau tidak begitu tertekan dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepadanya. Niat beliau hanya satu, iaitu memberikan kesedaran kepada kaum lelaki mengenai masalah mati pucuk.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama