Selebriti popular Neelofa seakan tidak boleh lari dengan kritikan netizen terutama sekali bila beliau bergaya dengan fesyen yang agak unik.
Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila menggayakan jaket bersama seluar berwarna oren, ‘pouch bag’ besar di pinggang dan dipadankan pula dengan turban.
Ramai juga yang mengecam Neelofa sehingga menyamakan beliau dengan watak anime Jepun, Naruto dan menganggap beliau mangsa fesyen. Mereka turut mempersoalkan mengapa wanita secantik Neelofa mahu bergaya sebegitu rupa?
Neelofa bagaimanapun tidak hirau dengan komen netizen. Buat beliau, mereka yang mengecam sebenarnya tidak memahami serta kurang arif dalam bab fesyen.
Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali. Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu apabila ada yang bercakap, saya menjadi mangsa fesyen.
Advertisement
Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif.
Kata Neelofa, fesyen seperti itu sudah mula menjadi ikutan di benua Eropah. Nampaknya ramai yang perlu mengambil tahu tentang perkembangan fesyen dunia terkini sebelum mengkritik. Kan tak pasal-pasal dan kena “sekolah” dengan Neelofa. Heh..

anon
May 13, 2018 at 10:48 pm
Makin lama makin tak lawa aku tengok minah desperate ni
johnny bravo
May 13, 2018 at 10:46 pm
kenapa teruk benar nampak plain jane katek ni, berposing mcm tu. Attention seeker betol
Anonymous
May 10, 2018 at 8:23 pm
Epik la yg tersadai atas kerusi tu,dah mcm jalang tunggu pelanggan.