Written by Bella | April 26th, 2017

Diiktiraf sebagai salah seorang ikon Muslim berpengaruh di dunia, selebriti Hafiz Hamidun menerima pelbagai kritikan dan kecaman. Walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan pesiapan ataupun tumpuan bagi majlis raja seharinya bersama Joy Revfa yang bakal berlangsung pada 1 Mei ini.

Agak sedih apabila saya dihentam sesetengah pihak yang pertikaikan mengapa nama saya tersenarai sebagai ikon Muslim.

Sedangkan saya tiada kaitan dalam proses pemilihan berkenaan dan bukannya saya calonkan nama sendiri. Walaupun sedih, tapi insyaAllah ia tak jejaskan mood dan persiapan saya untuk dinikahkan Isnin ini.

Ditanya mengenai cabaran ketika bertunang, Hafiz bagaimanapun memberitahu kesibukan jadual kerja beliau dan Joy membataskan wujudnya salah faham antara mereka berdua. Pada masa yang sama, Hafiz meluahkan rasa syukur kerana tunangnya itu cukup memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.

Ada hikmah juga kami bertunang dalam tempoh yang singkat kerana masing-masing tak sempat nak terasa hati. Walaupun ada sedikit merajuk dan salah faham, tapi ia bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh pun, semuanya berjaya diselesaikan seger.

Jadual saya memang padat sehingga sehari sebelum majlis pernikahan kerana perlu menghadiri persembahan di Kota Kinabalu pada petang Ahad dan malam. Perkara ini sudah saya maklumkan lebih awal kepada Joy, nasib baik dia faham.

Hafiz dan Joy sah mengikat tali pertunangan pada 22 Mac lalu dan bakal bernikah dinika  pada 1 Mei ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sumber Berita : mStar Online 

36 responses to Dikecam Kerana Diiktiraf Sebagai Ikon Muslim : Hafiz Hamidun Akui Ia Tidak Jejaskan Persiapan Perkahwinannya

  1. Anonymous says:

    Ikon ..POYO!

    33

    1
  2. Anonymous says:

    muka bakal isteri..dlm gambar sendiri cerah…bila org lain ambik gambar…x la semulus itu. hehehe

    34

    0
  3. Anonymous says:

    Wekkkkkkkkkkkkkk

    3

    1
  4. Anonymous says:

    apa sumbangan aku pun x pasti…asyik selfie je.

    23

    0
  5. Anonymous says:

    muka edit, miss world pun kalah.

    23

    0
  6. zzz says:

    menyampah betul pompuan tudong, make tebal acah2 ayu bila berselfie..

    21

    1
  7. Anonymous says:

    ape sumbangan ko dlm membantu ekonomi negara apiz oii??nothing…ke ko sndri label diri tu ikon…x ske tgk dia kat dlm gema gegar vaganza…poyo gile..

    8

    0
  8. Anonymous says:

    alim taik kucing..

    10

    1
  9. Anonymous says:

    yes poyo…

    2

    1
  10. Anonymous says:

    whatever lah..sikit pun x minat.
    inikan nk ikut media social ko ni.

    6

    0
  11. Israel says:

    Ikon muslim ??? Rosak la coming generation. DO u have any idea what is the true meaning of Islam to be an ikon? Gi belajar la dengan mufti Menk. Sorry dude

    9

    0
  12. Ammar Titan Mengembekk says:

    Personally aku rasa dia berdakwah dgn cara dia yg trsendiri. Nk berdakwah tak semestinya pakai serban jubah bagai n kena jadi ustaz or mufti. Aku bukan lah peminat dia pon, tp kdg2 aku tgk org dok share tweet2 dia ada jgk isi dan pengajaran. Nak kata selfie king, ramai lg artis2 laki lain yg selfie tunjuk body n berkepit gn perempuan. Aku tak faham kenapa org asyek condem dia. Ada penyakit hati ke ape.

    30

    3
    • Anonymous says:

      adik yang kena pukul warden dah meninggal….sedih sangat. ikon muslim mcm ni lah yg menyebabkan ibu2 gigih hantar anak g sekolah tahfiz. tak perlu lah beriya sangat konon anak2 tahfiz tu pasti gerenti masuk syurga. mcm lah anak org lain yg sekolah kebangsaan duk jaga lepak pintu neraka. sekarang agama dah dipolitikkan, dah dibisneskan. pengasuh yang pakai tudung pun perangai serupa binatang. yang penting jaga diri sendiri.

      26

      0
      • teremosi says:

        apa yang aku nak sampaikan ialah serban, jubah, tudung labuh sampai ke lantai dan purdah sudah tidak relevan untuk menilai seseorang. biarlah free hair, tak perlu berjanggut mcm sarang lebah., biarlah nak pakai tudung tapi baju sexy, tapi hati kena baik. jangan aniaya anak orang, didiklah murid penuh kasih sayang… sayangi lah bayi walau anak luar nikah…sob sob….

        19

        1
      • Anonymous says:

        Bukan salah sekolah atau tudung. Salah individu. Jangan salah pisau atau pistol ..yg salah adalah org yg membunuh. Takkan x reti beza?!

        20

        0
        • Anonymous says:

          pisau ngan pistol tak pakai tudung, tak pakai serban. jawapan tak menepati soalan langsung.

          3

          3
      • Satay & Ketupat says:

        x perlu paksa bdak2 jadi ustaz…biar bdak2 tu pilih sendiri nak jadi apa.

        8

        0
        • Anonymous says:

          jadi penyanyi mcm dato vida pun takpe. jangan sepak bayi org. jgn sebat anak org sampai koma. berdakwah tapi dalam hati macam setan.

          13

          0
      • greenfingers says:

        Sb tu kena seimbang dunia akhirat. Kdg2 tgk org skang tak balance. Yg berebut nk anak glamer suh join pertandingan nyanyi la, menari la smpi lupa nk suh anak solat, ngaji. Ada plak ibu bapa yg nk anak masuk sekolah tahfiz tp lupa nk ajar anak hadapi dunia luar, smpi bila anak tu masuk je bandar n jupe geng yg sesat, terus jadi sesat. Kita tuntut ilmu belajar apa pon pahalanya besar, asal ilmu tu berguna. Mcm satu kisah aku jupe ni, laki ni mmg tinggi ugamanya, setakat surah pendek semua dia hafal. Ngaji 24jam, tp isterinya yg bekerja siang mlm utk sara dia n anak2. Dia pnh ckp tau, daripada aku tlg bini aku, baik aku mengaji, dpt pahala. Lupa ke dia yg cari rezeki halal utk family tu pahala jugak, ajar anak2 belajar pon pahala tu. Ambil anak bini kat sekolah n tmpt kerja pon pahala. Kita dh silap paham dh ni konsep pahala, kita nk kejar dunia akhirat.

        14

        0
        • Anonymous says:

          dlm byk2 komen,komen ko plg bernas…yee btl tu…kene balance laa dunia dan akhirat…kazen aku sorg doktor,engineer,pilot tp 3-3 hafiz quran…humble je…duit byk berkepuk2 tp hdp penuh sederhana…xde nk lepak2 smpai kul 2,3 pg…tahu tggjwb..tu y bgs..bkn nk ckp ape,kkdg y bljr agama ni perangai lg setan dr bdk y bkn dr aliran agama…dh tau rokok haram tp rmai jgk ustaz2 kat jab agama hisap rokok..dh tau kapel tu haram rmai je bdk2 u bajet alim berkapel konon kapel islamik..taik..skrg ni rmai org agama memperguna agama tuk kepentingan diri sndri…tu y buat rmai org pndg serong pd agama islam…

          6

          0
  13. tarabas says:

    sape yg kecam…x de org bercerita pasal ko pun..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    uuuuuuuwwwwweeeeeekkkkkkkkk mata poyo abad ini keh keh keh

    1

    1
  15. Eyeee says:

    Kenapa gmbr tunang dia tu semua acah control ayu..
    Menyampah plak aku tgk..
    to apiz midun, dah di iktiraf ikon muslim ni, harap2 boleh la didik bakal bini tu islamik ckit..acah je islamik, tp pkai tudung mcm tak siap

    10

    0
  16. Orgkampungtelukintan says:

    Hmmm.. Aku yang orang kamlung ngam die pon x pasti nk iktiraf die ikon kampung ke ape.. Hehe.. Tapi tula bila apis ni dah jadi artis nasyid baru aku sedar kehidupan artis ni penuh dengan fake.. Artis nasyid pon x leh caye..

    4

    0
  17. ikan says:

    yelah hafiz oi. dah kalu namenye retis tu korang paham la

    2

    0
  18. Jururawat says:

    Buat apa cari dan menambah dosa dengan post kata-kata kesat. Lebih baik diam daripada melahirkan ketidakpuasan hati atas kebahagiaan orang lain. Doakan saja yang baik-baik.

    6

    0
    • Anonymous says:

      betul u. bini pakai tudung tapi sexy pun org mengata. lantaklah… pakai baju saiz kelambu pun belum tentu bahagia. sendiri punya badan sendiri mau happy.

      7

      0
  19. ndo says:

    tunang dia lepas orang comment pipi full lepas gbr tunang keluar, tak habis2 update status ckp pipi dia tembam bahagia tapi post gbr edit pipi kurus, runcing. nak cover ke ape

    4

    0
  20. Bukan Hafiz says:

    Sorry tapi korang tak boleh nafikan lagu2 islamic dia memang sedap dan ada evolusi tersendiri dalam dunia nasyid. Aku yakin yang kutuk dia jenis busuk hati.
    Anyway aku bukan peminat setia HH tapi aku kagum sebab dia memang berbakat dan berjaya dalam bidang dia. Yang rajin kutuk dia ni korang dah berdakwah ke belum? Ke sibuk jadi polis agama syok sendiri je?

    3

    1
  21. melati says:

    Dunia di Akhir Zaman …Muka pecah perasan Handsome pun ader org nk Kawin…wakakakaakakakakakaa

    0

    1

Leave a Comment

Optional