Diiktiraf sebagai salah seorang ikon Muslim berpengaruh di dunia, selebriti Hafiz Hamidun menerima pelbagai kritikan dan kecaman. Walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan pesiapan ataupun tumpuan bagi majlis raja seharinya bersama Joy Revfa yang bakal berlangsung pada 1 Mei ini.
Agak sedih apabila saya dihentam sesetengah pihak yang pertikaikan mengapa nama saya tersenarai sebagai ikon Muslim.
Sedangkan saya tiada kaitan dalam proses pemilihan berkenaan dan bukannya saya calonkan nama sendiri. Walaupun sedih, tapi insyaAllah ia tak jejaskan mood dan persiapan saya untuk dinikahkan Isnin ini.
Ditanya mengenai cabaran ketika bertunang, Hafiz bagaimanapun memberitahu kesibukan jadual kerja beliau dan Joy membataskan wujudnya salah faham antara mereka berdua. Pada masa yang sama, Hafiz meluahkan rasa syukur kerana tunangnya itu cukup memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.
Ada hikmah juga kami bertunang dalam tempoh yang singkat kerana masing-masing tak sempat nak terasa hati. Walaupun ada sedikit merajuk dan salah faham, tapi ia bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh pun, semuanya berjaya diselesaikan seger.
Jadual saya memang padat sehingga sehari sebelum majlis pernikahan kerana perlu menghadiri persembahan di Kota Kinabalu pada petang Ahad dan malam. Perkara ini sudah saya maklumkan lebih awal kepada Joy, nasib baik dia faham.
Hafiz dan Joy sah mengikat tali pertunangan pada 22 Mac lalu dan bakal bernikah dinika pada 1 Mei ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.