Pelakon dan pelawak Ieda Moin tampil menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan kenyataannya berkaitan dakwaan pernah terbabit dalam hubungan songsong.
Jelas pelakon berusia 46 tahun itu, kenyataannya dalam sebuah podcast sebelum ini telah disalah tafsir dan menegaskan hubungan yang dimaksudkan hanya sekadar kasih sayang terhadap rakan, tanpa berlandaskan rasa cinta.
Perkara ini sebenarnya dah lepas tetapi saya mahu jadikan sebagai pengajaran kepada semua. Saya bukannya bercinta bagai nak rak dengan perempuan sampai mahu kahwin. Tak bercinta pun, Hubungan sekadar rasa sayang kepada kawan. Nak kata kami macam belangkas tidaklah macam itu.
Ketika ditanya bagaimana dia hampir terjerumus dengan gejala songsang itu, Ieda berkata dia mula melibatkan diri dalam dunia tarian pada umur 16 tahun dan juga pengalaman bersekolah rendah di sekolah perempuan.
Siapa yang pernah bersekolah jenis macam ini tahulah keadaan sebenar atau situasi pelajar yang ada. Yang nak berubah nak jadi jantan (pengkid). Bila masuk sekolah menengah, saya bercampur lelaki dan perempuan tetapi masih ada golong seperti itu (homoseksual).
Tambahnya lagi, sebagai manusia sudah tentu tidak dapat elak untuk berkawan dengan golongan seperti mereka dan apabila dia menjadi semakin rapat ketika berada dalam dunia tarian, orang sekeliling mula menasihatinya untuk menjaga pergaulan.
Nanti orang ingat saya tiada perasaan kepada lelaki. Saya mula terfikir dan tak mahu orang salah anggap. Alhamdulillah saya cepat tersedar.
Terdahulu, perkongsian Ieda menerusi podcast yang dimuat naik di Youtube AididitMyWay telah menarik perhatian apabila dia mengakui pernah hampir terjerumus dengan hubungan songsang. Susulan itu, dia menerima kecaman kerana membuka aibnya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.