June 4th, 2015

Pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari sering dikritik kerana cara hidup mereka serta pemakaian Bunga yang di lihat agak seksi serta kebaratan dan langsung tidak melambangkan ciri-ciri seorang wanita beragama Islam.

Ashraf  baru-baru ini  berkongsi foto percutian mereka di Greece di akaun Instagram miliknya telah dikecam hebat apabila beberapa pengikut beliau di media sosial tersebut mengkritik foto Bunga yang memakai bikini. Malah ada yang meminta kedua-dua mereka insaf dimana sebagai seorang suami Ashraf membiarkan isterinya berpakaian sebegitu dan tubuh isterinya menjadi tatapan ramai.


Tidak dapat menahan kesabaran setelah beberapa hari dihimpit dengan tomahan orang ramai. Ashraf menerusi ruang komen di Instagram,  telah meminta pengikutnya yang kurang selesa dengan foto yang dimuat naik olehnya tidak menjadi pengikutnya lagi dan beliau sendiri akan blocked mereka yang memberikan kritikan yang melampau.

Mungkin kita tidak boleh mempersoalkan amal ibadah seseorang itu hanya pada luarannya sahaja, tetapi tidak salah untuk kita menegur saudara sesama Islam asalkan ia tidak menyinggung mana-mana pihak.

Sumber Berita dan foto: Murai

 

 


Comments are closed.

Loading...