Dikecam Isu Pengambilan Pekerja Rohingya, Gardenia Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Trending

Dikecam Isu Pengambilan Pekerja Rohingya, Gardenia Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan pekerja asing hangat diperkatakan lagi-lagi dengan kemasukan warga asing yang semakin ramai. Jenama roti kegemaran ramai iaitu Gardenia dikecam disebabkan isu pengambilan pekerja Rohingya yang kini semakin mendapat tumpuan.

Di dalam salah satu perkongsian di Facebook rasmi Gardenia, syarikat itu menerima aduan yang mendakwa syarikatnya mendiskriminasi warganegara tempatan kerana menerima pekerja etnik Rohingya di kilang mereka. Sehinggakan ianya menerima kecaman ramai dan membawa kepada isu boikot.

Advertisement

Perkara tersebut mengundang kemarahan ramai memandangkan kadar pengangguran semakin tinggi kerana COVID-19 selain mempersoalkan tindakan syarikat itu dalam mengambil pekerja asing. Syarikat roti itu kemudian tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi perkongsian di Facebook mereka.

Menurut Gardenia, ianya merupakan sebahagian daripada program kerjaya perintis kerajaan Malaysia yang diselaraskan dengan Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) yang bertujuan untuk merekrut komuniti etnik Rohingya Myanmar yang berlindung di negara ini.

Untuk makluman, Projek Perintis Kebenaran Bekerja tersebut telah lama dilaksanakan sejak tahun 2017 lagi. Menerusi projek tersebut, golongan pendatang ini ditempatkan di sektor perladangan dan pengilangan untuk memberi kemahiran kepada mereka sebelum ditempatkan di negara ketiga.

gardenia

Syarikat itu menegaskan keutamaan pekerjaan tetap masih lagi diberikan kepada rakyat tempatan. Ini kerana permintaan produk yang berterusan, oleh itu temuduga masih diteruskan dan mengikut jadual iaitu sebanyak dua kali seminggu.

Walau bagaimanapun, penjelasan daripada Gardenia ini masih tidak memberi kepuasan kepada netizen kerana ia dianggap akan mengalakkan lagi orang luar untuk datang bekerja di sini atas tiket UNHCR. Isu ini sedikit sebanyak pastinya menjejaskan imej jenama Gardenia ini ditambah pula dengan isu boikot yang dilakukan oleh rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...