Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dia menggunakan Ruhainies yang sedang dihimpit skandal panas untuk mempromosikan produk keluarannya.
Selepas dikecam ramai netizen, Aliff tampil menjawab persoalan masyaraat mengapa dia memilih Ruhainies zebagai model beg tangannya.
Dah bayar
Kata Aliff, video yang dimuat naik untuk promosi beg tangan itu sudah lama dirakam dan dia juga telah membuat bayaran kepada Ruhainies untuk kerjasama tersebut.
Tambah Aliff, tidak mungkin dia mahu menyimpan sahaja video yang sudah dirakam dan disunting itu hanya kerana kontroversi yang berlaku.
Kami dah bayar, takkan nak peram dan simpan sahaja video tu? Cuba kalian berada di tempat kami. Bagi saya, jangan campurkan hal lain dengan peribadi. Sebelum ini saya dah bayar dia, jadi takkanlah nak simpan sahaja (video)?
Takkan nak tunggu Ruhainies kertu?
Dalam pada itu, Aliff turut menepis dakwaan orang ramai bahawa dia mahu menumpang populariti Ruhainies yang ketika itu sedang menjadi bualan hangat masyarakat.
Takkan saya nak tunggu dia kertu umur 80 tahun, rambut beruban dan gigi sudah rongak baru saya muat naik video dia? Cuba fikir.
Aliff turut menegur sesetengah masyarakat yang melebih-lebih dalam memberi komen sehingga tidak menjaga hati dan perasaan orang lain.