Pempengaruh dan doktor selebriti terkenal, Dr Azura Abas tampil memberi respon berhubung isu pemakaiannya dan suami, Dr Say yang didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai sebuah acara kecergasan, HYROX di Singapura baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, Dr Azura mengakui kesilapan yang dilakukannya dan berharap agar dikurniakan hidayah daripada yang Maha Esa.
Saya tahu banyak yang kecam, sejujurnya saya terima kekurangan saya. Insya-Allah hidayah akan tiba jua.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Dr Azura menegaskan bahawa hantaran tersebut dikongsikan hanyalah bertujuan untuk menggalakkan aktiviti kecergasan dan kesihatan.
Post ini soal kesihatan, tak ada maksud lain. Kalau suka, boleh dijadikan inspirasi dan kalau tak suka, tak mengapa.
Kata Dr Azura, hanya Allah SWT yang boleh menilai baik dan buruk setiap hambaNya.
Saya tak perlu manusia label siapa saya disisi Allah. Cukup kita tahu di mana level kita sendiri dengan pencipta kita.
Kalau rasa kita lebih mulia daripada orang lain, maybe itu lagi hina daripada yang tak tutup aurat? Tiada siapa yang tahu dan layak menghukum kecuali Allah.
Sebelum ini, pasangan doktor dan pempengaruh, Dr Say Shazril dan isterinya Dr Azura telah berkongsi video ketika mereka menyertai pertandingan kecergasan, HYROX di Singapura baru-baru ini.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Dr Azura dan Dr Say ketika menyertai pertandingan kecergasan yang berlangsung di Singapura itu di mana Dr Azura dilihat mengenakan sports bra yang mendedahkan sebahagian tubuh badannya, manakala Dr Say hanya berseluar pendek dan tidak memakai baju.