Dikecam Gara-Gara Halau Lelaki Dari Surau, JMB Halaman 11 Akhirnya Bersuara – “Itu Video Lama, Perkara Tu Dah Selesai..”

Kehidupan

Dikecam Gara-Gara Halau Lelaki Dari Surau, JMB Halaman 11 Akhirnya Bersuara – “Itu Video Lama, Perkara Tu Dah Selesai..”

Akibat dikecam teruk oleh orang ramai mengenai isu jemaah surau dihalau, Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) Halaman 11 di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, Selangor akhirnya tampil bersuara.

Memetik laporan Mstar, wakil JMB berkata isu berkenaan sudah lama diselesaikan dengan baik namun, dia hairan mengapa video berkenaan sengaja dimuat naik di media sosial sedangkan ia berlaku tiga bulan yang lalu.

Advertisement

pakcik dihalau dari surau

Itu video lama, perkara tu dah diselesaikan secara berhemah antara pihak yang terlibat. Tapi saya tak tahu kenapa video itu dikongsi kepada umum.

 

Pihak surau pun dah mengemukakan permohonan minta JMB benarkan orang luar masuk. Kita juga dah memanjangkan permohonan mereka kepada Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Katanya, mereka masih menunggu surat daripada pejabat majlis namun mereka tetap membenarkan orang luar untuk masuk ke surau.

 

JMB turut menegaskan bahawa perkara itu sudah diselesaikan dengan sebaiknya.

Pakcik itu pun datang berhari-hari, memang kami tiada halangan cuma sama seperti perumahan yang berpagar lain setiap kemasukan perlu berdaftar.

 

Nak datang solat tiada masalah, cuma daftar di pintu pengawal saja seperti mana kita masuk kawasan perumahan lain.

"Tak Ada Adab, Tak Ada Rasa Hormat.." - PU Azhar Luah Rasa Geram, Kecam Tindakan Wanita Rakam & Halau Bapanya Dari Surau
2 hours ago

"Tak Ada Adab, Tak Ada Rasa Hormat.." - PU Azhar Luah Rasa Geram, Kecam Tindakan Wanita Rakam & Halau Bapanya Dari Surau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...