Dikecam Gara-Gara Busana Tak Sesuai, Linda Rafar Hampir Tarik Diri Daripada Konsert Elite – “Orang Tuduh Saya Tunggang Agama..”

Hiburan

Dikecam Gara-Gara Busana Tak Sesuai, Linda Rafar Hampir Tarik Diri Daripada Konsert Elite – “Orang Tuduh Saya Tunggang Agama..”

Anggota kumpulan Elite, Linda Rafar mengakui dia hampir membuat keputusan untuk menarik diri daripada beraksi selepas busana yang dipakainya pada majlis pengumuman konsert Elite dikecam oleh orang ramai.

Sedih dituduh penunggang agama

Memetik laporan Berita Harian, Linda atau nama penuhnya Azlinda Abdul Rafar mendakwa dia mengalami gangguan keresahan atau ‘anxiety’ dan tidak lalu makan selepas menerima kecaman tersebut.

Advertisement

elite

Kalau saya wanita liar, saya tidak kisah dikritik. Apa yang berlaku, orang tuduh saya penunggang agama. Saya sangat sedih.

 

Saya tidak kisah dikritik soal vokal, tarian atau usia. Kami sudah terima bahawa Elite bukanlah hebat dan peminat lebih kenal kami.

 

Mungkin saya tidak pernah kecaman sebegini, jadi, saya terkesan. Nak tidur pun terfikir-fikir sampai saya rasa nak tarik diri (daripada konsert). Semangat saya daripada teruja, bertukar sedih.

Busana tak sesuai

Pada 23 Jun yang lalu, Linda menggayakan busana berwarna hitam putih pada sidang media pengumuman Konsert ELITE LIVE ’25. Netizen berpendapat busana itu tidak sesuai dengan imej terkini dirinya sebagai seorang muslimah.

Dalam pada itu, dia turut mengakui bahawa dia tidak kuat untuk berdepan dengan kritikan berkaitan busana yang digayakannya.

linda rafar

Saya fikir kuat, tapi tak, saya tak makan seharian. Saya tak balas mesej dalam kumpulan WhatsApp kami. Saya tak jawab mesej atau panggilan. Saya menangis bila ada yang komen saya menunggang agama.

 

Sampai ada yang ‘tagged’ Ustaz Wadi Annuar, atas dasar saya anak muridnya. Saya banyak ikuti kelas agama dan usrah. Saya jadi malu bila dikatakan terpesong hanya disebabkan baju dipakai.

Dia turut menjelaskan bahawa busana yang digayakannya pada sidang media itu disediakan oleh pihak penganjur dan dia tidak diberi persalinan pilihan.

Baju hanya disediakan satu setiap seorang, tiada pilihan kedua. Ketika saya memakai busana itu, hati berdetik apakah persalinan ini terlalu ketat.

 

Saya tanya rakan Elite lain dan mereka cakap cantik dan sesuai untuk saya. Jadi, saya dengan rela hati pakai busana itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Rafar (@lindarafar)

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

kumpulan elite bakal kembali
2 weeks ago

"Dah Kena Start Kumpul Duit.." - Selepas Konsert KRU, Kini Giliran Kumpulan Elite Pula Buat 'Comeback'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...