Dikecam Double Meaning. Tak Sampai Sebulan Dimuat Naik, Video “Are You Ok?” Raih 51 Juta Tontonan

Branded

Dikecam Double Meaning. Tak Sampai Sebulan Dimuat Naik, Video “Are You Ok?” Raih 51 Juta Tontonan

Baru-baru ini, timbul satu kontroversi yang mengatakan muzik viral TikTok yang bertajuk “Are You Ok?” mempunyai double meaning.

Ini apabila terdapat babak yang menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan menari sambil memegang senapang, bunyi senjata dan lirik yang dianggap agak provokatif dan keterlaluan.

Muzik video diubah elak kontroversi

Are You Ok? TikTok Viral

Lagu ‘Are You Ok?’ ini sebenarnya berasal dari negara Kemboja dan dinyanyikan oleh Ton Chanseyma. Lagunya yang rancak dan catchy menjadi ikutan anak muda di aplikasi TikTok.

Namun begitu, video asalnya yang dimuat naik dilaman TikTok mengundang kecaman dan menerima komen negatif sehingga menyebabkan syarikat produksi Galaksi Navatra terpaksa mengubah kandungan asal muzik video itu.

Ditonton hampir 52 juta kali

 

Video yang diubah diubah suai kemudian dimuat naik di YouTube dan sehingga hari ini ia berjaya mencatat hampir 52 juta tontonan (semasa ditulis).

Pengarah Urusan Galaxy Navatra, Yem Tasrong berkata, keputusan ini diambil bagi mengelakkan kritikan dan sekatan yang mungkin diterima pada masa hadapan. Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka memperkenalkan lagu viral ini serta Kemboja di peringkat antarabangsa.

‘Are You Ok?’ terus mendunia

Tidak hanya di negara asal lagu ‘Are You Ok’ diterima baik di seluruh dunia, ini berdasarkan jumlah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok yang menunjukkan pengguna dari pelbagai negara menari mengikut gaya dan rentak yang sama.

Jadi kiranya ini hanya isu salah faham saja. Nasib baik pengurusan ambil tindakan cepat ubah suai muzik video asal. Semoga anda semua okay-okay saja layan lagu ni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anon

    November 20, 2021 at 3:26 am

    Ntah la.. Sedap lagi lagu BOMBA. Bommbomm ba.. Mcm lagu omputeh.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...