Dikecam Dibayar Tinggi Menyanyi Di Majlis Rumah Terbuka KKM, Siti Nurhaliza Tampil Beri Penjelasan – “Saya Hadir Sebagai Tetamu”

Hiburan

Dikecam Dibayar Tinggi Menyanyi Di Majlis Rumah Terbuka KKM, Siti Nurhaliza Tampil Beri Penjelasan – “Saya Hadir Sebagai Tetamu”

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menepis dakwaan bahawa beliau menerima bayaran untuk membuat persembahan di acara sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini.

Melalui hantaran di Instagram Story, penyanyi berusia 46 tahun itu menjelaskan kehadirannya ke majlis berkenaan adalah sebagai tetamu, dan nyanyiannya dilakukan secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

Advertisement

Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan. Saya menyanyi kerana saya mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran.

Saya tidak mahu lebih ramai memanjangkan fitnah apabila nama saya dipetik dalam berita atas nyanyian saya di majlis tersebut.

Penyanyi lagu Purnama Merindu itu turut menegaskan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menghentikan spekulasi tidak berasas yang tersebar di media sosial dan mencemarkan namanya.

siti nurhaliza beri penjelasan menyanyi di KKM

Seperti mana penjelasan saya, saya tidak minta apa-apa bayaran, saya datang sebagai tetamu dan saya menyanyi dengan rela hati.

Saya rasa penjelasan ini penting supaya anda tidak membuat penulisan, berita dan menyebarkan nama/gambar saya dengan sesuatu yang tidak sahih beritanya.

Sebelum ini, majlis sambutan Hari Raya anjuran KKM menerima kritikan daripada segelintir netizen yang mempersoalkan perbelanjaan untuk penganjuran majlis besar-besaran tersebut, terutama selepas tersebarnya beberapa gambar menunjukkan kehadiran artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

10 tuntutan cerai isteri edika yusof
3 weeks ago

Isteri Edika Yusof Kemuka 10 Sebab Untuk Bercerai, Peguam Sifatkan Wajar Untuk Berpisah - "Dia Sudah Tidak Tahan Sangat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...