May 21st, 2020

Pelakon Risteena Munim difahamkan terkilan apabila perkongsiannya di Instgaram tempoh hari dikecam netizen.

risteena munim

Perkara itu berlaku susulan tindakannya berkongsi kisah peribadi bersama tunangnya namun seolah tidak sangka akan dikecam sedemikian rupa.

Risteena bagaiamanapun menegaskan dirinya berhak berkongsi apa sahaja di media sosial.

Menurut perkongsiannya, beliau seakan tidak faham mengapa masih wujud segelintir pihak sakit hati dengan perkongsiannya.

“Semua orang ada hak masing-masing apa yang dia nak kongsi. Malah, bebas untuk muat naik apa saja kat halaman sendiri.”

Beliau juga turut menegaskan selagi tidak berkongsi perkara yang menggangu atau memburukkan orang lain, perkara itu adalah tidak relevan andai dikecam.

Malah, Kata Risteena, setiap orang mempunyai hak masing-masing kerana bebas untuk memuat naik apa sahaja di laman berkenaan.

Dalam pada itu, Risteena juga tidak menyangka akan ada golongan tidak bertanggungjawab sanggup mendoakan yang buruk-buruk untuk dirinya sedangkan beliau langsung tidak mengenali mereka.

“Padahal saya tak pernah kenal mereka, tak kacau dan tak pernah burukkan pun. Jadi dari situ saya mengenali pelbagai jenis manusia yang ada zaman sekarang. Yang mungkin saya tak tahu dan tak pernah nampak.”

Terdahulu, Risteena berkongsi berita di mana tunangnya Isa Khan dikhabarkan panik selepas dirinya tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam.

Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu di Bali, Indonesia. Namun masih belum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

Sumber: Gempak


5 responses to “Dikecam Berikutan Kisah “Hilang” 30 Minit, Risteena Bidas Tindakan Netizen”

  1. nida says:

    eee tolonglahh. xkan la jarak rumah korang die xtau. plus patotnye klu btol die syg kau. die xcall kau while u’re driving. bahaya berphone-ing while driving.

    satu lagi, yg korg psangan muda mudi ni suke nau2 g umah sblm jadi ape2 apesal ek?

    dan satu lagi, kalu betul la ko tu mengantuk sangat2, why not u’re so called caring bf tu je yg g dropkan ko kat rumah ko then patah balik. if he’s a real gentlemen laaa kannnn. oh silap mgkin ko dtg pkai kete ko. baiklahhhhh. mgkn ko pon xnk susahkan tunang ko kannn.

    but skali lagi aku tekankan, klu btol die gentlemen, die g je antaukan kau walau dekat mane ponnnnn.

    herghhhh loya tekak laaa

  2. Putrikramat says:

    Jaga hati ibu sebelum jumpa anak saudara

  3. Anonymous says:

    ni mesti kes klu berak pun bgitau.. yela klu berak sembelit lama sgt tggu di kata hilang

  4. Anonymous says:

    who are these 2 ekor? no talent, no superb product.. just some sendu celebrities…

  5. No drama says:

    Omg. Nobody gives a shit! Plus tunang u tu family kaki pukul..yucks!

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...