Dikecam Berikutan Kisah “Hilang” 30 Minit, Risteena Bidas Tindakan Netizen

Hiburan

Dikecam Berikutan Kisah “Hilang” 30 Minit, Risteena Bidas Tindakan Netizen

Pelakon Risteena Munim difahamkan terkilan apabila perkongsiannya di Instgaram tempoh hari dikecam netizen.

risteena munim

Advertisement

Perkara itu berlaku susulan tindakannya berkongsi kisah peribadi bersama tunangnya namun seolah tidak sangka akan dikecam sedemikian rupa.

Risteena bagaiamanapun menegaskan dirinya berhak berkongsi apa sahaja di media sosial.

Menurut perkongsiannya, beliau seakan tidak faham mengapa masih wujud segelintir pihak sakit hati dengan perkongsiannya.

“Semua orang ada hak masing-masing apa yang dia nak kongsi. Malah, bebas untuk muat naik apa saja kat halaman sendiri.”

Beliau juga turut menegaskan selagi tidak berkongsi perkara yang menggangu atau memburukkan orang lain, perkara itu adalah tidak relevan andai dikecam.

Malah, Kata Risteena, setiap orang mempunyai hak masing-masing kerana bebas untuk memuat naik apa sahaja di laman berkenaan.

Dalam pada itu, Risteena juga tidak menyangka akan ada golongan tidak bertanggungjawab sanggup mendoakan yang buruk-buruk untuk dirinya sedangkan beliau langsung tidak mengenali mereka.

“Padahal saya tak pernah kenal mereka, tak kacau dan tak pernah burukkan pun. Jadi dari situ saya mengenali pelbagai jenis manusia yang ada zaman sekarang. Yang mungkin saya tak tahu dan tak pernah nampak.”

Terdahulu, Risteena berkongsi berita di mana tunangnya Isa Khan dikhabarkan panik selepas dirinya tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam.

Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu di Bali, Indonesia. Namun masih belum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...