Dikecam Berambut Perang : Ini Respon Syafiq Kyle

Hiburan

Dikecam Berambut Perang : Ini Respon Syafiq Kyle

Penampilan aktor pujaan ramai, Syafiq Kyle yang berambut perang menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak. Mengapa pula beliau perlu tampil sebegitu?

Advertisement

Dikecam teruk sehingga ada yang label Syafiq terlalu ingin mengikuti budaya barat, beliau bagaimanapun beliau mahu warnakan rambutnya itu atas sebab yang kukuh.

Bukan untuk tuntutan watak semata-mata, Syafiq juga tidak mahu terlalu bosan dengan penampilan yang sama sahaja. Apa salahnya untuk mencari kelainan?

Drama ini akan ditayangkan awal tahun hadapan dan pastinya saya mengharapkan ia sesuatu permulaan yang baik untuk 2019. Cuma bila ada yang tak berapa suka dengan warna rambut ni, itu biasalah. Saya berlakon bukan untuk ikut kehendak netizen. Saya berlakon ikut kehendak skrip dan kesesuaian watak.

Ada yang cakap nanti tak nampak handsome atau apa, saya tak fikirkan sangat. Sebab niat saya adalah untuk jayakan dengan sehabis baik watak tersebut. Saya berlakon bukan nak nampak handsome, elok memanjang depan kamera. Tapi kalau baca komen tu, memang ada yang melampau dan keterlaluan. Belakang beranilah. Jumpa depan-depan nak selfie juga.

Apa pula pendapat korang? Watak apa lah yang akan dibawakan oleh Syafiq sehingga kena warnakan rambut. Mungkin lelaki berdarah kacukan ke? Hehe. Sama-sama kita nantikan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...