Written by Bella | November 13th, 2019

Niat murni Sharifah Sakinah membawa sekumpulan pelajar tahfiz berhibur dengan menonton wayang pada hari sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini dikritik netizen.

sharifah sakinah

Rata-rata netizen menganggap aktiviti itu tidak memberikan sebarang faedah, tidak sesuai mendedahkan anak-anak tahfiz dengan hiburan yang melalaikan.

Sakinah berkata dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian netizen sehingga ada yang salah faham. Niat asalnya menonton filem seram Pusaka hanya untuk menggembirakan kumpulan pelajar tahfiz  berkenaan dan pada masa sama menyokong filem tempatan.

sharifah sakinah tahfiz

Jelas Sakinah, sebelum membawa pelajar tahfiz terbabit keluar, dia terlebih dahulu sudah mendapatkan keizinan daripada pihak pengurusan tahfiz mengenai aktiviti yang dirancang pada hari tersebut.

Pada masa yang sama, pelakon itu memohon maaf secara terbuka apabila tujuan baiknya itu bertukar menjadi kontroversi.

sharifah sakinah pelajar tahfiz tengok wayangTidak mengapalah Sakinah, bukan semua orang faham niat murni kita. Apa-apa pun, kami puji dengan sikapnya yang tidak mudah melatah dan dengan rendah diri memohon maaf.

15 responses to Dikecam Bawa Pelajar Tahfiz Tonton Wayang, Ini Respon Sharifah Sakinah

  1. Makcik Cabai says:

    Ye lah kan… nanti budak2 tu jadi Ustaz… boleh la bagi ceramah dengan bangganya “Oh saya dulu pun buat perkara syubhah (tengok wayang).. bla bla bla bla…dapat outing dengan artis perempuan yang seksi bla bla bla bla…”
    Bangganya kami dengan masyarakat Islam di masa depan!Wow!

  2. cccc says:

    And these kids suppose to be the imam, ustaz etc……. in the future, we suppose to learn and listen from them ? We have given the exclusive right to explain the scriptures to a group of people who are unaware of the changes in the world and have no inkling of sociology, political ideas, law, economy etc. That’s why… we ended up with people like PU ABU etc… Bunch of idiot !!!!

  3. Anonymous says:

    Bawa dia org duduk gua ..habis cerita ..senang

  4. Anonymous says:

    Niat ss ni baik tp itulah, kurang pendedahan. Harap sedara terdekat dia yg lwbih berilmu agama, blh nasihat dia

  5. Anonymous says:

    Pelajar tahfiz tu orang yg kena sgt berjaga2 dgn pemakanan, tempat yg derang pegi, pandangan derang dan elakkan dr benda syubhah. Sebab derang mempelajari ilmu agama dan quran. Kena suci keseluruhan hidup. Klu nk buat baik kat budak tahfiz, elakkan je benda syubhah dari hidup derang senang.bukan lg mendekatkan derang dgn benda2 mcm tu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini