Written by Bella | November 13th, 2019

Niat murni Sharifah Sakinah membawa sekumpulan pelajar tahfiz berhibur dengan menonton wayang pada hari sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini dikritik netizen.

sharifah sakinah

Rata-rata netizen menganggap aktiviti itu tidak memberikan sebarang faedah, tidak sesuai mendedahkan anak-anak tahfiz dengan hiburan yang melalaikan.

Sakinah berkata dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian netizen sehingga ada yang salah faham. Niat asalnya menonton filem seram Pusaka hanya untuk menggembirakan kumpulan pelajar tahfiz  berkenaan dan pada masa sama menyokong filem tempatan.

sharifah sakinah tahfiz

Jelas Sakinah, sebelum membawa pelajar tahfiz terbabit keluar, dia terlebih dahulu sudah mendapatkan keizinan daripada pihak pengurusan tahfiz mengenai aktiviti yang dirancang pada hari tersebut.

Pada masa yang sama, pelakon itu memohon maaf secara terbuka apabila tujuan baiknya itu bertukar menjadi kontroversi.

sharifah sakinah pelajar tahfiz tengok wayangTidak mengapalah Sakinah, bukan semua orang faham niat murni kita. Apa-apa pun, kami puji dengan sikapnya yang tidak mudah melatah dan dengan rendah diri memohon maaf.

15 responses to Dikecam Bawa Pelajar Tahfiz Tonton Wayang, Ini Respon Sharifah Sakinah

  1. nurul says:

    apa masalahnya tengok wayang? pelajar tahfiz bukan orang ke? come on… jangan kolot sangat ok…

  2. Nononoo... says:

    Tak salah pun menonton wayang, anak yatim pun nak merasa juga..

  3. Anonymous says:

    The thing about Malaysia’s netizens – they are really out of the world. HAHAHAH. Small issue like this can be blown out of proportion. Pfft.

  4. Ngok says:

    Senang je. Kalo nak buat kebaikan diam2 je. Tak payah kecoh seantero dunia. Ikhlas nak buat budak tahfiz happy ke…ke mengharap pujian org ke atas niat suci atau kebaikan kite buat tu? Pikior le sendiri..

  5. Anonymous says:

    Sapa yang kecam tu samada dia kurang kasih sayang, ataupun tak pegi sekolah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini