Written by Bella | November 13th, 2019

Niat murni Sharifah Sakinah membawa sekumpulan pelajar tahfiz berhibur dengan menonton wayang pada hari sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini dikritik netizen.

sharifah sakinah

Rata-rata netizen menganggap aktiviti itu tidak memberikan sebarang faedah, tidak sesuai mendedahkan anak-anak tahfiz dengan hiburan yang melalaikan.

Sakinah berkata dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian netizen sehingga ada yang salah faham. Niat asalnya menonton filem seram Pusaka hanya untuk menggembirakan kumpulan pelajar tahfiz  berkenaan dan pada masa sama menyokong filem tempatan.

sharifah sakinah tahfiz

Jelas Sakinah, sebelum membawa pelajar tahfiz terbabit keluar, dia terlebih dahulu sudah mendapatkan keizinan daripada pihak pengurusan tahfiz mengenai aktiviti yang dirancang pada hari tersebut.

Pada masa yang sama, pelakon itu memohon maaf secara terbuka apabila tujuan baiknya itu bertukar menjadi kontroversi.

sharifah sakinah pelajar tahfiz tengok wayangTidak mengapalah Sakinah, bukan semua orang faham niat murni kita. Apa-apa pun, kami puji dengan sikapnya yang tidak mudah melatah dan dengan rendah diri memohon maaf.

15 responses to Dikecam Bawa Pelajar Tahfiz Tonton Wayang, Ini Respon Sharifah Sakinah

  1. Anonymous says:

    Korang ni if pengurusan da benarkan.kenapa lg nk bising eh? Dorang lbh tau ape yg lbhbbaik utk anak2 tahfiz tu. Kite ni sedekah pn xpernah, apetah lg nk jenguk anak2 tahfiz baik xyahl sibuk nk condemn2 org lain.

  2. syaitoonnnn says:

    sebab tu org kata kalau jahil..pegi bljr..bkn hukum sndr benda apa skalipon..bila org kutuk..marah..

  3. lalala says:

    heran bende ni jd kecoh sangat..sakinah bwk liat wayang je pun.. aku tak tau sangat etika tahfiz tapi aku tau diorang kene jaga pmakanan bagai, tapi tu liat wayang je, ntah2 sekali tu je diorang jejak kaky kat situ..korang kecam bagai,mayb sakinah tak tau sgt hal ni, tapi even sekolah diorang pun bg permission, i think they know evn better about their students than yg kecam2 org ni..

  4. Sis Bukan Fans says:

    Boring la cerita pasal dia ni..ramai fans ke? next!!

  5. Anonymous says:

    I x salahkan SS or anak2, mrk tau apa sgt. Ustaz or Mudir tahfiz n parents bdk2 ni yg patut kita tny knp allowed? U dah tau kemana bdk2 tu nak dibawa. U tau dos n don’ts org yg nak menghafal quran.. makan minum adap tingkahlaku i.e if x salah kepala ikan pun antara yg dilarang makan. U know better so knp lepaskan bdk2 tu utk akitiviti mcm ni?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini